Chapter 19

Fanfiction Series 2117

Di Kelas AE 13.

" Ok kelas , walaupun harini adalah first day kamu as student tapi ia tak bermakna kamu tidak akan dapat sebarang assignment. Oleh itu , saya akan bahagikan kumpulan . Sebelum itu , saya nak bagitahu bahawa kamu perlu siapkannya sebelum bulan hadapan " kata Puan Hyuna , leturer mereka dengan tegas.

Satu persatu nama sudah disebut sehinggalah Taehyung terdengar nama yang dikenalinya.

" Kang Seul Rin dan Kim Tae Hyung , kamu berdua satu kumpulan "

Jelas terpampang riak terkejut pada muka Tae Hyung membuatkan Puan Hyuna menyoal sama Tae Hyung mempunyai masalah atau tidak dengan keputusannya untuk menjadikan mereka kumpulan tetapi Tae Hyung hanya mengelengkan kepalanya sambil sedaya upaya menahan senyuman yang hampir sampai ke telinga.

Sebetulnya , mereka perlu mempunya tiga orang dalam satu kumpulan tetapi kerana tidak mencukupi maka hanya Tae Hyung dan Seul Rin sahaja satu-satunya kumpulan yang mempunyai dua orang sahaja.

' aigoo benda yang aku nak elaklah terjadi , camne ni ' keluh Seul Rin di dalam hati .

" hai " sapa satu suara yang membuatkan Seul Rin sedar dari lamunannya lalu mendongakkan kepalanya.

' ahhh mamat ni ' bisik hati Seul Rin

" hai " balas Seul Rin sepatah.

Seul Rin berasa agak janggal dan tidak selesa memandangkan dia agak pemalu apabila lelaki yang tidak dikenali mendekati dirinya .

' tak apa Seul Rin , bila dah rapat nanti mesti tak nervous dah ' pujuk hati Seul Rin.

Tae Hyung yang menyedari Seul Rin yang kembali pada dunianya mula memetik jarinya di hadapan Seul Rin membuatkan Seul Rin tersentak buat kali kedua.

" hey , are you ok? " soal Taehyung khuatir.

Seul Rin hanya menggelengkan kepalanya dan tersenyum kelat.

" maaf , saya dijaga oleh kedua ibu bapa saya dari kecil agar tidak terlalu bebas bergaul dgn namja kat luar sana . Malah mana-mana saya pergi mesti ada adik lelaki saya " terang Seul Rin dengan senafas sahaja membuatkan dia sedikit tercunggap.

" ouh jadi awak tak pernah bergaul dengan rakan lelaki sekelas awak ke dulu? " soal Taehyung ingin tahu.

" pernah tapi nak ok tu ambil masa jadi saya minta maaf eh kalau er.. awak tak selesa " jelas Seul Rin sekali lagi sambil menundukkan kepalanya.

" its ok , awak ambillah masa " kata Tae Hyung lalu menyambung katanya.

" em boleh tak kita bertukar SNS ? nanti apa-apa hal kita boleh dm ( direct message ) satu sama lain soal assignment ni "

Taehyung mengeluarkan henfon dari poket seluarnya lalu diberikan kepada Seul Rin manakala Seul Rin hanya mengambil dan menaip sesuatu pada henfon Taehyung.

" kalau tak ada benda penting , jangan mesej ye? " pinta Seul Rin dengan riak harapan pada wajahnya.

Taehyung tergelak kecil lalu menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi.

' balik nanti aku nak scroll SNS dia , mana tahu ada gambar dia pergi Jepun dulu ' kata Taehyung di dalam hati .

Jelas senyuman keriangan pada wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience