Chapter 3

Fanfiction Series 2127

Setahun yang lepas..

Di Incheon International Airport , kelihatan sekelompok kumpulan sedang mendengar taklimat terakhir daripada wakil pemandu pelancong sebelum mereka diarahkan ke balai pelepasan untuk menunggu masa menaiki kapal terbang yang telah disewa khas oleh pihak agensi.

“Youngjae , kenapa kau tinggi sangat eh?” bisik Seul Rin kepada adik lelakinya sambil tersengih-sengih.

'Dia dah mula dah' keluh Youngjae di dalam hati lalu meletakkan jari telunjuk pada bibirnya menandakan dia mahu kakaknya senyap.

Seul Rin merasa kecewa melihat maklum balas adiknya itu lalu mula mencari topik lain untuk menarik perhatian adiknya itu.

Seul Rin merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradiknya . Adik kedua dan ketiganya merupakan kembar iaitu Kim Young Jae ( lelaki ) dan Kim Young Ae ( perempuan ) manakala yang bongsu , Kim Na Eun .

Diantara adik beradik Seul Rin , hanya Young Ae yang seringkali memalau kakaknya malah sesiapa yang tidak mengenali mereka sudah pasti berfikir bahawa Young Ae yang paling sulung kerana Young Ae kelihatan lebih matang berbanding kakaknya.

“alorh siannya kena bawak beg,berat tak?” usik Seul Rin sekali lagi.

“haah berat gila,taktahulah siapa yang merayu minta tolong bawakkan tadi” kata Young Jae dengan muka selamba.

Seul Rin hanya tersengih dan akhirnya mereka saling usik mengusik.

Ya , bukan mudah bagi Young Jae untuk memalau kakak kesayangannya itu kerana pada akhirnya, dia tetap kalah dengan sikap kakaknya yang mengalahkan adik bongsunya.

'Bilalah kakak aku seorang ni akan matang? Aigoo' keluh Young Jae di dalam hati lalu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat kakaknya yang sedaya upaya menahan ketawanya.

Dari sudut lain , kelihatan Taehyung sedang mendengar taklimat dengan teliti tetapi tumpuannya tergangu dek kerana wanita yang berada berdekatannya bergurau senda dengan lelaki yang disangkanya abang kepada wanita itu.

Seul Rin yang menyedari dirinya diperhatikan terus mengalihkan pandangannya ke arah Taehyung .

Hal ini berlaku kerana mata Seul Rin sangat sensitif. Apabila seseorang merenung Seul Rin terlalu lama , sudah pasti matanya bertindak diluar kawalan dan terus pandang tepat pada mata orang yang memandangnya. Ianya berlaku tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan.

' apa pandang-pandang? Biarlah aku nak bergurau pun , bukannya bising sangat hak ala ' getus Seul Rin di dalam hatinya.

' pfft , macam mana dia tahu aku tengah tenung dia ? Dia ada kuasa ke?' Getus hati Taehyung lalu menggelengkan kepalanya dan kembali memberi tumpuan kepada taklimat yang diberikan.

Manakala Seul Rin mula meneliti Taehyung dari atas hingga bawah sehingga dia terlihat beg yang dibawa oleh Taehyung.

'Kenapa beg dia warna purple tapi aku punya warna kuning ? Hurm maybe lain agensi kut'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience