Chapter 5

Fanfiction Series 2117

Keesokan harinya di Bay Hotel.

Tok Tok Tok!

Kedengaran bunyi ketukan yang bertalu-talu di bilik Seul Rin.

" Seul Rin , Na Eun! Cepatlah bangun , nanti kita terlambat! " jerit Young Jae .

" haih budak dua orang tu , taktahulah omma nak cakap apa " keluh Puan Kim .

Encik Kim hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat suasana riuh itu.

Selepas hampir 5 minit mengetuk pintu milik kakaknya itu , barulah ianya terbuka.

" dah pukul berapa dah ni unnie ? Cepat sikit bersiap sebab kita kena sarapan dahulu sebelum menunggu bas , jangan lupa kejutkan Na Eun "

Seul Rin hanya mendiamkan diri lalu menutup pintu kembali dan menjurus ke kamar mandi .


~~~~~

Seul Rin dan Na Eun merupakan orang terakhir yang turun ke lobi , oleh itu mereka agak tergesa-gesa kerana dikhuatiri tertinggal.

Dalam keadaan tergesa-gesa , Seul Rin terlanggar seseorang lantas memohon maaf dalam bahasa english dan berlalu tanpa melihat orang itu.

' its her again ' bisik hati Taehyung .

Belum sempat Taehyung ingin meneruskan perjalanannya , dia ternampak key chain milik gadis yang terlanggar dirinya terjatuh lantas mengambilnya dan mencari gadis itu untuk memulangkannya semula.

" em maaf , ini awak punya ke ? " soal Taehyung sambil menayangkan key chain milik Seul Rin di hadapan Seul Rin.

Seul Rin yang terkejut melihat key chainnya berada pada lelaki itu mula memeriksa begnya.

" Ahh tercabut rupanya , terima kasih! " ucap Seul Rin lalu mengambil key chain itu dari tangan Taehyung dan menundukkan badannya.

Taehyung hanya memerhati gelagat Seul Rin yang membelek-belek key chainnya dan berlalu pergi.

Seul Rin sempat melihat wajah Taehyung lalu berbisik di hatinya ' mamat tu satu hotel dengan aku ke ? Kitaorg sama agensi ke ? Tapi beg dia berbeza , hurm biarlah '

" unnie jom ke sana! " jerit Na Eun penuh keriangan sambil menarik tangan Seul Rin.

Ketika mengikuti adiknya , Seul Rin menyedari ada keluarga yang memakai kad yang talinya berwarna biru .

Untuk menghuraikan persoalan itu , Seul Rin bertanya pada ayahnya lantas ayahnya memberikan jawapan bahawa semuanya di bawah satu agensi yang sama . Kata ayahnya , mungkin mereka mengambil pakej dari anak syarikat agensi kerana agensi mempunya pelbagai anak syarikat.

Seul Rin hanya mengangguk perlahan menandakan dia faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience