Chapter 9

Fanfiction Series 2117

Shinsaibashi Shopping Arcade,Osaka,Japan.

Kelihatan Seul Rin terlampau bosan mengikut kedua ibu bapanya keluar masuk setiap kedai yang berada di situ.

Walaupun dia sudah makan terlalu banyak jenis makanan ketika di Dotonbori Street sebentar tadi , kini dia terasa seakan perutnya meminta di isi semula dan kakinya mula berada lenguh-lenguh kerana sudah hampir sejam dia asyik berjalan mengikut kedua ibu bapanya melihat-lihat barangan yang terjual.

Seringkali ibunya bertanya kepada dirinya sama ada Seul Rin ada tertarik terhadap mana-mana barang di setiap kedai yang mereka kunjungi atau tidak tetapi Seul Rin hanya mengelengkan kepala sambil tersenyum kelat.

Tanpa disedari Seul Rin , Taehyung sedang memerhatikannya sejak dari kedai keempat yang keluarganya masuk.

' dia tak beli apa-apa ke? Pelik,biasanya perempuan suka tempat-tempat macamni ' kata Taehyung di dalam hati dan kelihatan kerutan di dahinya menunjukkan dia benar-benar pelik dengan sikap Seul Rin.

" Eomma,boleh tak Seul Rin nak pergi kedai tu? " soal Seul Rin kepada Puan Kim yang sibuk membelek pakaian yang berada di kedai mereka sedang kunjungi ketika itu.

" hurm pergilah tapi ajak adik-adik sekali kalau diorang nak ikut dan ni duitnya,tak cukup minta eomma ye? " kata Puan Kim sambil mengeluarkan beberapa keping duit kertas dari dompetnya lalu menghulur kepada Seul Rin.

Seul Rin berterima kasih kepada eommanya lalu menarik kesemua adik-adiknya mengikut dia ke kedai yang telah menarik minatnya sejak tadi lagi.

Taehyung yang memerhatikan Seul Rin sejak tadi turut mengekori dari berlakang,lagaknya seperti seorang perisik yang sedang memerhatikan segala kelakuan penjenayah.

Kelihatan mata Seul Rin sungguh bersinar-sinar apabila sudah berada di hadapan yang ingin ditujunya tadi.

" Omo! My Shinchan!! " jerit Seul Rin keriangan lalu mula membelek-belek segala jenis pakaian yang mempunyai gambar Shinchan terdapat di kedai itu.

Adik-adik Seul Rin hanya menggelengkan kepala mereka melihat tingkah laku kakak mereka yang seperti budak-budak berumur 7 tahun manakala dari sudut lain,Taehyung tergamam.

' Punyalah banyak pakaian cantik-cantik dan barang branded yang dijual sepanjang perjalanan tadi , dia lebih tertarik pada pakaian yang sepatutnya budak kecik yang mengemarinya . Seriously? '

Kelihatan Seul Rin sudah memilih lebih kurang tiga pasang stoking shinchan , dua helai T Shirt Shinchan , dua helai long sleeve shirt Shinchan , dua cover phone Shinchan , satu cover phone rilakuma dan beg yang ada gambar Shinchan.

Adik-adik Seul Rin semua ternganga melihat semua barang yang Seul Rin beli lalu menepuk dahi mereka.

Akhirnya Young Jae bersuara , " Unnie,betul ke nak beli semua ni? "

" eh yelah , kenapa? "

" tak ada apalah,ha belilah "

Taehyung yang sedari tadi masih memerhati Seul Rin juga ternganga melihat satu per satu barang yang Seul Rin masukkan dalam bakul selepas puas membelek-belek.

' how can she being so happy easyly just because that kids thing? So interesting '

"Unnie,kat sebelah kedai ni ada Book Cafe" kata Young Ae sambil menarik kakaknya yang baru selesai bayar barang yang dibeli oleh kakaknya untuk melihat signboard kedai yang dimaksudkannya dengan lebih jelas.

" habislah.. " keluh Young Jae lalu mengelengkan kepalanya dan mula menutup telinganya seakan seseorang yang tidak mahu mendengar belon yang bakal diletupkan oleh seseorang.

Apabila mata Seul Rin menangkap perkata BOOK , dia mula menjerit keriangan sekali lagi.

" its was my paradise! Jom jom "

Tanpa menunggu adik-adiknya,Seul Rim terus masuk ke kedai tersebut.

" she really love book than us huh! " rajuk Na Eun.

" ala Na Eun,macam taktahu jer perangai Unnie tu. Dah jom " ucap Young Jae sambil mengusap rambut adik bongsunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience