Chapter 1

Fanfiction Series 2117

Di Seoul National University , kelihatan seorang wanita sedang tercari-cari sesuatu dalam keresahan.

“hurm aku rasa aku dah sesat ni, kenapa aku tak jumpa kelas aku dari tadi? ,” keluh wanita tersebut.

Selepas penat mengeluh,wanita itu mula menoleh ke kiri dan ke kanan sehingga dia ternampak kelibat seorang lelaki yang berada tidak jauh daripadanya.

Wanita itu mengalihkan pandangannya ke arah jam tangan yang berwarna soft pink berjenama Baby G Shock miliknya.

“ada lagi sejam sebelum kelas bermula, jadi memang tak ada jalan lain selain terpaksa bertanya kat mamat tu . Ok Seul Rin , beranikan diri . Kalini jer”

Sebelum melangkah ke arah lelaki itu , Seul Rin menarik nafas yang sangat dalam lalu menghembusnya dengan perlahan-lahan.

“em maafkan saya , awak tahu tak di mana kelas bernama AE 13 ?” soal Seul Rin sambil mendongak ke arah lelaki di hadapannya .

Lelaki yang sedang sibuk menaip sesuatu pada telefon bimbitnya itu terus terhenti menaip lantas mengalihkan pandangannya ke arah Seul Rin.

Entah mengapa,riak lelaki itu bertukar seolah dia terkejut melihat gerangan yang menegurnya.

'Its her' bisik hati lelaki itu .

“em hello ? Awak tahu tak di mana kelas AE 13 ?” soal Seul Rin sekali lagi sambil menghayunkan tapak tangannya di hadapan muka lelaki itu.

“tahu” jawab lelaki itu sepatah lalu mengalihkan pandangannya ke arah lain.

“ha yeke ? Kalau tak menganggu awak , boleh tak awak tunjuk jalan ke sana ? Saya dah tersesat nak dekat sejam dah ni , tolong ya ” pinta Seul Rin dengan suara yang seakan merayu kepada lelaki itu .

“Boleh , kebetulan kita sama kelas” kata lelaki tersebut sambil merenung kembali ke arah Seul Rin manakala Seul Rin yang menyedari tingkah lelaki itu mula menundukkan pandangannya lalu mengucapkan terima kasih dengan suara yang terlalu perlahan tetapi masih mampu didengari lelaki tersebut.

'I should keep my eye on her to make sure if im meet the same person i meet before or not' bisik hati laki itu sambil menaip sesuatu pada telefon bimbitnya lalu meneruskan langkahnya bersama Seul Rin ke kelas mereka.

[ sorry bro,aku takdapat tunggu kau. Lepas kelas , kita jumpa kat Cafe ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience