Chapter 8

Fanfiction Series 2117

Di Dontonbori Street in Osaka , Japan.

Suasana sangat hingar-bingar dengan suara penjual dari gerai-gerai makanan yang terdapat di situ.

Dontonbori Street merupakan salah satu tempat yang terkenal dan sering dikunjungi oleh pelancong dari seluruh negara jika mereka datang ke Osaka.

Pemandangan pada waktu malam itu sungguh indah dan cantik membuatkan Taehyung lebih berminat untuk menangkap gambar berbanding melihat makanan yang terjual di situ.

Ketika Taehyung terlalu obsess dengan mengambil gambar , Taehyung ternampak kelibat Seul Rin yang sedang seronok menikmati Takoyaki sambil melihat-lihat makanan yang dijual di gerai yang lain.

" Unnie,unnie taknak cuba rasa ke kuih mochi? " soal Young Jae.

" tak maulah,Unnie tak suka " jawab Seul Rin dengan keadaan mulutnya yang masih penuh dengan takoyaki.

Melihat Seul Rin yang bercakap dengan pipi sebelah kirinya yang kembung itu berjaya membuatkan Taehyung tergelak kecil.

Seul Rin yang sedar dirinya diperhatikan terus mengalihkan matanya tepat ke arah Taehyung , buat seketika mata mereka bertembung .

Taehyung cepat-cepat mengalihkan perhatiannya ke arah lain dan berlalu pergi dari tempat dirinya memerhatikan Seul Rin sebentar tadi.

Seul Rin hanya memandang pelik lalu membiarkan sahaja apa yang berlaku sebentar tadi , baginya makanan lebih penting berbanding lelaki yang dia tidak kenali itu.

Tiba-tiba..

" Yah Na Eun! Kenapa ambil takoyaki terakhir unnie ?! " jerit Seul Rin tanpa segan silu , jelas dahinya berkerut menahan amarah.

Na Eun yang sudah 'standby' untuk lari dari kakaknya memulakan langkah seribu apabila kakaknya mula mengejarnya.

Maka terjadilah adegan kerja mengejar sehinggalah Seul Rin terlanggar seseorang.

" ahhhh adoiii sakitnya " rintih Seul Rin dalam kesakitan sambil mengusap dahinya yang terasa sakit dek terlanggar orang di hadapannya.

Apabila Seul Rin menyedari dirinya diperhatikan , dia terus mendongakkan kepalanya.

Orang yang dilanggarnya adalah lelaki yang memerhatikannya tadi.

" ahhh mianae " ucap Seul Rin sambil menundukkan kepalanya lalu dia tertoleh ke arah adiknya yang berusaha menahan ketawa kerana adegan dirinya yang terlanggar orang.

Seul Rin berasa geram dengan sikap adiknya itu terus memohon maaf buat kali terakhir lalu mengejar adiknya semula.

Taehyung terkaku melihat adegan di depan mata.

" Maafkan kakak aku , dia memang macamtu . Tak pernah nak matang walaupun umurnya akan meningkat menjadi 18 tahun pada malam tahun baru ini " kata Young Jae yang sedang berdiri di sebelah Taehyung.

Taehyung yang terkejut mendengar suara Young Jae yang entah bila boleh berada di sebelahnya itu terus mengalihkan matanya dari kawasan Seul Rin mengejar adiknya ke arah Young Jae.

" ahh aku Young Jae , adik kedua pada kakak aku "

Young Jae memulakan salam perkenalan sambil menghulurkan tangan.

" aku Taehyung so itu kakak kau? " soal Taehyung sambil menyambut huluran tangan Young Jae.

" ahh ye hahaha mesti tak percaya kan? "

" haha yeahh , aku fikir kau abang dia "

" nampaknya begitulah , dia sering melayan aku seperti abangnya tapi aku tak pernah terlupa bahawa dia adalah kakak aku "

Taehyung hanya mengangguk kecil lalu tersenyum.

' so interesting ' kata Taehyung di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience