Chapter 4

Fanfiction Series 2117

Narita International Airport , Japan.

Kelihatan Seul Rin dan keluarganya mencari bas mengikut nombor yang tertulis pada kad yang tergantung pada leher mereka iaitu nombor 10 .

" kita mempunyai 380 orang yang akan melancong ke Japan di bawah agensi kami . Oleh itu , kami akan membahagikan kamu semua mengikut kumpulan . Setibanya di sana , cari bas mengikut nombor yang ada pada kad yang telah diberikan sebentar tadi kerana itulah kumpulan kamu "

Terngiang kembali pesanan dari ketua pemandu pelancong ketika kami berada di dalam kapal terbang .

" ha tu dia bas dia " jerit Na Eun dengan penuh riang .

Seul Rin hanya tersenyum melihat adiknya itu sambil mengelengkan kepalanya.

?

Bas yang dinaiki Seul Rin sekeluarga mula bergerak setelah pemandu pelancong memastikan semua ahli kumpulan bas 10 itu mencukupi mengikut senarai nama yang ada padanya.

" Annyeonghaseyo semua! Saya pemandu pelancong anda sepanjang kita berada di Tokyo dan Osaka , nama saya Lee Ah Ihn . Salam perkenalan " kata juru pemandu lelaki itu dengan penuh semangat senyumannya tak lengkang di bibirnya.

Buat seketika bas itu menjadi riuh .

" kelihatannya kamu semua masih bersemangat untuk melancong . Malangnya , malam ini tiada aktiviti . Semua pelacong disarankan berehat secukupnya kerana jadual aktiviti kita pada hari esok sangat padat . Jika ada yang ingin mengetahui apa aktiviti kita pada hari esok , boleh rujuk jadual yang akan saya hantar di group chat kita " terang pemandu pelancong lelaki tu .

Kedengaran keluhan dan kelegaan buat seketika di dalam bas tersebut sebelum bas itu mula menjadi sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience