BAB 9

Romance Completed 18295

Aku terbangun sebaik sahaja terdengar azan Subuh yang berkumandang dari surau berdekatan. Aku mencapai tuala di penyangkut kayu dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Sewaktu aku keluar dari bilik air, Athif sudah terjaga dengan memegang tualanya.

“Saya tunggu awak. Kita solat Subuh berjemaah sama-sama ya?”

Tuturku apabila Athif sudah keluar dari bilik air. Dia hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Usai solat, aku menadah tangan dan turut mengaminkan doa yang dibaca oleh Athif. Selesai berdoa, aku menghulurkan tanganku untuk bersalam. Athif menghadiahkan satu pandangan pelik berserta kerutan di dahi.

“Nak salam.”

Beritahuku sambil tersenyum.

“Err..kan saya dah bagitahu awak semalam.”

Jawab Athif dengan wajah yang kembali pucat. Tutur katanya kedengaran menggigil.

“Saya ingat, ingat sampai bila-bila. Tapi, saya nak bagi awak pahala free setiap pagi Subuh dengan buat macam ni. Awak tak nak pahala free ke? Ala, rugilah awak kalau macam ni.”

Provokku. Athif sudah tidak senang duduk dan dia kelihatan resah.

“Yalah, yalah.”

Tangan kanannya dihulur ke arahku dan aku pantas menyambut. Aku cuba menahan tawa apabila Athif cepat-cepat menarik tangannya dari peganganku.

‘Plan 1, succeed!’

Bisikku di dalam hati berserta senyuman. Dalam masa yang sama, aku turut mengagumi kebolehan Athif untuk mengimamkan solat Subuh kami tadi. Bacaannya lancar dan tenang. Aku turut berdoa di dalam hati agar lelaki di hadapanku ini kembali sembuh seperti sepatutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience