BAB 15

Romance Completed 18289

Ibu menelefon malam semalam, meminta aku dan Athif pulang ke Ipoh kerana opah di Gopeng akan mengadakan kenduri doa selamat sempena keberangkatan opah ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Athif bercadang untuk bertolak dari rumah pada hari Jumaat selepas solat Isya’ memandangkan kenduri diadakan pada waktu tengah hari keesokan harinya.

“Dah check semua suis dah ditutup?”

Soal Athif apabila aku menghulurkan bag pack milikku padanya untuk disimpan di dalam bonet kereta.

“Dah. Saya tutup main fius terus. Pintu belakang and tingkap-tingkap semua dah dikunci.”

Jawabku sambil menyarung flats dan bersedia untuk mengunci pintu utama.

“Alright.”

Aku masuk ke dalam kereta dan Athif membaca doa sebelum memulakan perjalanan.

“Kalau awak rasa mengantuk, bagitahu tau. Kita take turn.”

Tuturku.

“Okay, will do. Saya okay je ni, tak mengantuk pun. Lagipun, if awak yang drive, rasanya petang esok baru kita sampai Ipoh.”

Usik Athif bersahaja.

“Amboi, exaggerate je lebih!”

Balasku geram.

Dalam masa yang sama, aku agak terkejut dengan karakter Athif yang kini lebih ‘mesra alam’.

Suasana di dalam kereta kembali sunyi dan hanya ditemani oleh suara dj radio Fly fm. Aku yang sememangnya agak penat pada minggu ini, akhirnya terlelap juga di dalam kereta.

“Hana.”

Suara itu sayup-sayup kedengaran di tepi telingaku. Aku masih belum mahu membuka mata.

“Hana Dhamirah, bangunlah tuan puteri. Kita dah sampai ni.”

Suara itu kedengaran lagi. Terasa pipiku disentuh. Aku membuka mata dan Athif sedang memandangku sambil tersengih. Agaknya tadi tu aku masih mamai sampai terasa Athif yang memegang pipiku. Memang mamat ni buang tabiat kalau buat macam tu. Mungkin terus demam panas agaknya!

Ibu menyambut kami di muka pintu dengan senyuman yang sangat manis walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Aku bersalam dengan ibu dan kami berpelukan. Apabila tiba giliran Athif, dia bersalaman dengan ibu dengan riak wajah yang tenang. Tiada lagi riak wajah takutnya. Aku agak mungkin kerana dia sudah biasa menerima huluran tanganku setiap pagi.

“Abah mana, ibu?”

Soalku memandangkan rumah banglo dua tingkat milik keluargaku ini sunyi sepi. Adam yang masih menuntut di Ireland tidak dapat pulang kerana dia sedang menduduki peperiksaan semester sekarang.

“Dah tidur dah. Tadi dia tunggu dengan ibu sambil tengok tv. Last-last tv yang tengok abah. Tu yang ibu suruh abah tidur dulu.”

Jawab ibu lembut.

“Sorry, ibu. Kitorang lewat sampai. Kesian ibu kena tunggu.”

Balas Athif. Ibu hanya tersenyum.

“Tak apa, Athif. Lagipun esok kan cuti. Korang pergilah naik atas, berehat. Ibu dah kemaskan bilik Hana. Nanti esok kita sembang panjang-panjang lagi ya.”

Balas ibu.

Aku dan Athif berlalu ke tingkat atas, menuju ke arah bilik tidur milikku.

“Malam ni saya amik katil awak yang sedap lagi empuk ni eh. Saya kan penat driving tadi.”

Balas Athif bersahaja sambil merebahkan badannya di atas katil.

“Yalah.”

Balasku.

Sebenarnya, aku memang bercadang untuk menyuruh Athif tidur di atas katil sementara aku tidur di bawah beralaskan gebar tebal.

“Yalah? Aik, selalunya awak argue nak berebut katil dengan saya. Malam ni jadi budak baik pulak.”

“Saya ni ada sifat perikemanusiaan jugak. Macam awak cakap, kan awak dah penat driving tadi. Dahla, tidur cepat. Nanti tak memasal kita argue pasal benda lain pulak.”

Kedengaran suara Athif ketawa senang. Macam-macamla mamat ni! Sekejap macam dekat kutub utara dan kadang-kadang macam dekat garisan khatulistiwa pulak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience