BAB 6

Romance Completed 18289

Aku yang sedang tekun meneliti laporan kewangan, terkejut apabila telefon bimbit yang berada di sebelah bergetar. Suara garau yang sudah ku hafal sejak tiga minggu lepas kedengaran lagi pada hari ini. Seperti biasa, perbualan yang sangat ringkas, pendek dan kurang mesra alam.

“Liya, hari ni aku tak lunch dengan korang tau.”

Beritahuku sambil melihat jam di pergelangan tangan kiri.

“Kenapa? Ada lunch date dengan dia-yang-terchenta ke?”

Balas Aliyya sambil tersengih.

“Memang bertuahlah aku nak ada lunch date dengan mamat kutub utara tu. Ni lunch date dengan ayah dia sekali.”

“Kau ni, tak baik mengata tunang sendiri. Aku takut lama-lama nanti mamat kutub utara tu yang cairkan kau.”

“Kau ingat aku ni ais ke, nak cair-cair?”

Aliyya hanya ketawa dan aku menepuk perlahan bahunya sebelum berlalu.

Selepas memakirkan kereta, aku melangkah masuk ke dalam Restoran Cili Hijau. Dari jauh, aku sudah dapat melihat Athif bersama ayahnya yang duduk di satu sudut.

“Assalamualaikum. Sorry terlambat sikit, jalan jam.”

Tuturku sebelum melabuhkan duduk di hadapan Athif dan Haji Shukri.

“Eh, tak apa. Kitorang pun baru je sampai ni. Hana order makanan dulu sebab kitorang dah order tadi. Hana apa khabar?”

Balas Haji Shukri, mesra. Kadang-kadang aku pelik dengan perangai Athif yang sangat berbeza dengan ayahnya yang sangat peramah dan mesra. Entah-entah Athif anak angkat tak? Haha, celupar betul monolog aku!

“Alhamdulillah, sihat. Uncle apa khabar?”

Balasku sopan sambil tersenyum. Aku sempat mencuri pandang ke arah Athif yang sedang leka memandang ke arah luar restoran.

“Sihat, alhamdulillah. Berapa kali walid pesan, jangan panggil uncle lagi. Kita kan nak jadi one family tak lama lagi, insya Allah.”

Aku hanya tersenyum dan tiba-tiba pandangan aku dan Athif bertemu. Wajahnya hanya tenang, tidak beriak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience