BAB 20

Romance Completed 18289

Aku duduk di atas katil sambil membuka penutup krim untuk menyurutkan bengkak kaki.

“Still rasa sakit lagi?”

Soal Athif dan mengambil tempat di hadapanku.

“Still, but tak seteruk time first day tu.”

Jawabku.

Athif duduk bersila dan kaki kananku diletakkan di atas ribanya. Tangannya mencalit sedikit krim tersebut dan disapu pada pergelangan kaki kananku. Dia mula mengurut pergelangan kakiku perlahan-lahan. Inilah rutin Athif setiap malam sebelum tidur. Dia akan mengurut kedua-dua pergelangan kakiku yang terseliuh sebelum membalutnya dengan bandage.

“Selagi kaki awak tak sembuh, biar saya hantar awak pergi office. Awak bukannya boleh drive dalam state macam ni.”

Tambah Athif sambil jari-jemarinya mengurut pergelangan kaki kiriku pula.

“Yes, doctor!”

Balasku dan Athif tersenyum. Selesai mengurut, dia mula membalut kedua-dua belah pergelangan kakiku dengan cermat.

“Alright. Done!”

Tutur Athif setelah selesai mengenakan safety pin pada bandage di kaki kiriku.

“Before this, Mak Su awak ada cerita dengan saya.”

Tuturku satu-persatu. Suasana hening seketika.

“Mak Su cerita? Cerita apa?”

Soalnya bingung.

“Pasal bekas mak tiri awak.”

Jawabku.

Athif terus senyap.

“Sorry.”

Tuturku apabila menyedari raut wajah Athif berubah menjadi keruh.

“Awak ni! Buat apa cakap sorry? You are not the one who abused me before.”

Balasnya dalam tawa.

“Mak Su cakap dekat dahi kanan awak ada kesan parut ya?”

Soalku lagi kerana aku tidak pernah melihat kesan parut yang dikatakan oleh Mak Su. Tambahan pula rambut Athif sentiasa menutupi dahinya.

Athif menyelak rambut hadapan yang menutup dahinya, menyerlahkan kesan parut sepanjang satu inci setengah.

“Saya pun tak ingat sangat the exact details on what happened. Tapi time tu umur saya sepuluh tahun. Mama marah sebab saya nak bagitahu walid yang dia ada boyfriend lain. Saya tahu pasal tu pun sebab saya terangkat handphone dia. Time tu saya nak turun tangga. Sebab marah sangat, Mama tolak saya dari tangga. Nasib baik kepala tak pecah.”

Cerita Athif. Nada suaranya bertukar lirih.

“Kesiannya awak.”

Balasku perlahan dan jari-jemariku menyelak rambut Athif yang menutup dahinya. Jari-jemariku terhenti pada kesan parut. Tentunya sangat sakit jika kesan parut panjang begini. Aku tidak sanggup untuk membayangkannya. Bibirku singgah di kesan parut itu.

“Saya dah bagi jampi dekat awak. Lepas ni, awak takkan ingat lagi pasal bad memory tu.”

Balasku dan memandang Athif. Athif hanya senyap dan anak matanya yang hitam pekat itu merenungku. Alamak, apa aku dah buat ni!

Perlahan-lahan, jari-jemarinya meramas-ramas jari-jemariku dengan lembut. Erk, apa dah jadi ni? Kemudian jari-jemari runcing itu menyentuh kedua-dua belah pipiku pula.

“Actually, I have a little confession to make.”

Ucap Athif.

Anak matanya tajam menikam wajahku yang kurasakan sangat panas saat ini.

“Saya dah recover.”

Tutur Athif.

“Recover?”

“Yeap, recovered from gynophobia.”

Aku tersentak, terkejut!

“Hah? Bila? Macam mana? Kenapa?”

Bertalu-talu soalanku keluar. Athif tersenyum meleret.

“Slowly recovered before kita balik Ipoh last week and now fully recovered. Macam mana boleh recover, thanks to you and I did went to see doc for counseling and treatment. Sebab tu time weekend before this saya jarang ada kat rumah.”

Jawab Athif sambil jari-jemarinya menyelak anak rambutku yang menutup dahi.

“Thanks to me? Kenapa pulak? Thanks to your doctor la.”

Balasku.

Takkanlah mamat ni tahu plan-plan aku sebelum ni! Athif hanya tersenyum. Isy, laki aku ni! Bila dia asyik senyum-senyum dari tadi, aku rasa muka dia yang comel tu dah bertukar jadi muka budak tadika yang nakal.

“Your plans in order to cure me. Seriously, they worked! Awak boleh jadi psychologist lepas ni and resign from being an accountant.”

Mencerlung anak mataku memandangnya.

“Plans apa pulak ni? Mana ada plan apa-apa.”

Jawabku.

“Eleh, segan nak mengakulah tu. Adam dah cerita semua bendalah. Jangan nak pura-pura ada amnesia pulak.”

Balas Athif dan hidungku ditarik.

“Adam ni kan! Tengoklah, bila dia balik nanti, budak ni memang nak kena gulai. Mulut macam tempayan betul!”

Omelku tidak puas hati.

Athif hanya ketawa sambil menjongketkan bahu.

“So, sekarang ni awak memang dah tak takut dengan perempuan? Dah tak fobia?”

Soalku sekali lagi. Athif angguk, masih tersenyum.

“Tak ada rasa trauma? Rasa nak pengsan and menggigil?”

Soalku lagi.

“Tak ada, sayang oii! Tapi sekarang ni saya tengok macam awak aje yang tengah ada fobia. Muka macam nak pucat je.”

Jawab Athif selamba.

Aku sudah tidak senang duduk. Kalau sebelum ni tak rasa takut dengan mamat muka kiut miut ni, tiba-tiba sekarang aku rasa seram.

“Eee…kenapalah awak tak cakap awal-awal yang awak dah recover? Buat penat aje.”

Keluhku sambil merenung kedua-dua belah pergelangan kaki yang berbalut. Buat penat je aku terjun dari pokok hari tu! Athif mengerutkan dahi, masih tertanya-tanya.

“Hari tu saya memang plan nak jatuh dari pokok pun. Kiranya final plan nak cure awak and if plan tu fail, memang saya nak surrender je. Target dahan yang rendah sikit tapi tak sempat nak pergi kat dahan yang rendah, awak datang menyergah and saya pun betul-betul terterjun dari dahan yang tinggi sikit.”

Terangku panjang lebar. Athif sudah membulatkan mata.

“Ya Allah! Hana Dhamirah, awak ni memanglah! Bahaya buat macam tu.”

Bebel Athif, sedikit terjerit suaranya. Pipi kananku dicubit kuat. Aku hanya mampu menayang gigi untuk mengawal rasa segan dan malu.

“Budak degil lagi nakal macam awak ni patut kena denda supaya lepas ni tak buat lagi benda-benda pelik macam tu.”

Balas Athif.

Kali ini pandangan matanya sudah kelihatan lain macam. Dia mendekatkan wajahnya ke arahku sehingga hidung kami bergesel. Bibirnya mendarat pada hidungku dan beralih pada pipi kanan.

“Kaki saya tengah terseliuh la.”

Bisikku dan wajahnya ku tolak perlahan agar menjauhiku.

“Ala, yang sprained kaki je. Anggota yang lain sihat walafiat kan?”

Bisiknya nakal.

Adui, mamat yang takut perempuan ni dah bertukar jadi power rangers pulak ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience