BAB 8

Romance Completed 18289

Majlis perkahwinan aku dengan Athif berjalan lancar untuk kedua-dua belah pihak perempuan dan lelaki dan diakhiri dengan majlis di pihak lelaki. Ibu, abah dan Adam baru sahaja pulang sebentar tadi dengan ibu yang sudah mengalirkan air mata. Selepas itu, aku berbual pula dengan Mak Ngah Athif dan Athif sudah menghilangkan diri entah ke mana. Aku menoleh ke arah jam yang sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aku meminta diri untuk berlalu ke tingkat atas.

Sebaik sahaja tiba di hadapan bilik Athif, aku kaku. Tidak tahu sama ada aku patut masuk atau tidak. Perlu atau tidak untuk aku mengetuk pintu. Seingatku, sepanjang hari, Athif hanya bercakap beberapa patah. Aku rasa, anak saudara Athif yang berumur tiga tahun dan baru pandai bercakap itu, lebih banyak bercakap denganku berbanding Athif. Akhirnya, aku memberanikan diri untuk masuk.

“Assalamualaikum.”

Ucapku sambil memulas tombol pintu. Aku melangkah masuk dan anak mataku terpaku pada satu figura manusia yang sedang berdiri di hadapan cermin.

“Awak dah lama naik ke?”

Soalku, memecahkan kesunyian di antara kami.

“Hmm.”

Jawab Athif perlahan sambil jari-jemarinya terkial-kial untuk membuka butang baju melayunya yang berwarna krim itu. Sesekali dia mendengus apabila butang tersebut masih kekal di tempatnya.

“Awak nak saya tolong tak?”

Soalku walaupun aku tahu mamat kutub utara ini pasti akan menolak. Aku sudah bergerak menghampiri Athif.

“No, thanks.”

Anak matanya membulat melihat aku yang sudah datang menghampiri.

“Jangan datang dekat and stay there.”

Suara Athif sudah kedengaran menggigil. Wajahnya sudah bertukar pucat.

“Lah, kenapa pulak. Kita kan dah jadi husband and wife?”

Usikku bersahaja sambil berjalan mendekati Athif. Aku cuba menahan ketawa apabila Athif sudah bergerak menjauhiku. Gayanya seperti mahu menyertai acara lompat jauh. Lawaknya mamat kutub utara ni! Aku mengambil tuala dari dalam beg dan terus bergerak ke bilik air meninggalkan Athif yang kelihatan sangat pucat dan terkejut.

Selesai mandi dan solat Isya’, aku sudah bersiap untuk tidur. Aku memandang Athif yang sudah merebahkan badan di atas katil yang bersaiz king.

“Saya nak tidur dekat mana ni?”

Soalku sambil anak mataku meliar ke sekitar kawasan bilik yang bersaiz luas itu.

“Anywhere, as long as you are 1 metre radius away from me.”

Jawab Athif dingin.

“Macamlah aku nak dekat sangat dengan kau.”

Omelku seorang diri.

“Apa yang awak terkumat-kamit sorang-sorang tu? Mengutuk sayalah tu.”

Athif yang tadinya dalam posisi baring, sudah duduk menegak.

“Memang saya mengutuk awak.”

Jawabku selamba dan mengambil tempat di atas sofa panjang. Huh, mamat ni memang hati dia sejuk beku betul! Patutnya kalau dalam drama atau novel, lelaki yang kena tidur atas sofa. Ni tidak, aku yang kena jadi gentleman pulak, eh tak! Gentlewoman!

“Hana Dhamirah.”

Panggil Athif.

“Ya, Athif Rifqi. Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya? Saya dah lebih 1 metre radius away dari awak ni.”

“Walid ada bagitahu awak pasal saya kan?”

“Bagitahu pasal apa?”

“Pasal fobia saya.”

Aku senyap, malas mahu menjawab.

“I assume you know about it. And, awak tak payah semakkan kepala otak awak nak cure saya. Stay away from it.”

Tambah Athif.

Aku hanya memekakkan telinga, sementara di dalam kepala sudah merangka plan awal untuk mamat kutub utara yang memang tak mesra pelanggan langsung tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience