BAB 17

Romance Completed 18289

Angin puting beliung Athif melanda kembali. Sepanjang hari berada di rumah opah, dia seolah-olah melarikan diri daripadaku. Bercakap pun hendak tak hendak sahaja. Adik-beradik ibu beransur-ansur pulang ke tempat masing-masing menjelang petang. Hanya tinggal keluarga kami sahaja memandangkan yang lain menetap di luar Perak.

Aku mengambil angin di luar rumah setelah selesai membantu ibu dan opah mengemas rumah yang agak berselerak. Anak mataku terpaku pada pokok rambutan yang sedang merimbun. Pokok inilah yang selalu aku panjat bersama Adam sewaktu kecil dahulu. Tiba-tiba aku teringat perbualanku dengan Adam mengenai Athif. Terbit satu idea dalam kepalaku.

Aku menanggalkan selipar dan mula memanjat pokok rambutan tersebut. Pada mulanya aku memanjat hingga ke dahan yang ketiga, agak tinggi juga dari tanah. Kalau aku buat-buat jatuh pun, boleh patah kaki kalau macam ni. Aku ingin turun, mahu bertukar tempat ke dahan yang kedua dan tidak terlalu tinggi. Sekurang-kurangnya, kalau aku buat-buat jatuh bila Athif lalu nanti, tak adalah sakit sangat. Memang idea gila betul!

“Hana! What are you doing up there?”

Jerit Athif, terkejut.

Aku jugak terkejut, tidak menyangka dia sudah berada di bawah pokok. Dek kerana terkejut disergah sedemikian rupa, kakiku tersilap pijak dan aku sudah tergelincir jatuh dari pokok. Tak sempat nak tukar tempat ke dahan kedua!

“Hey, hey! Watch out!”

Suara Athif bertambah kuat. Athif sempat menyambut tubuhku tetapi aku tetap terjatuh dengan cara yang tidak begitu comel sekali. Kedua-dua belah kaki terasa begitu sakit sekali terutama di pergelangan kaki. Eee, laki aku ni, memang spoil plan betullah!

“Ya Allah! Kenapa ni?”

Nyaring suara opah yang tiba-tiba muncul.

“Ni haa cucu opah yang nak tunjuk terror panjat pokok ni terjatuh.”

Jawab Athif sambil menjelingku.

Mendengar suara opah yang agak kuat, ibu dan abah turut datang bersama. Panjang bebelan ibu yang sesekali ditambah oleh opah.

“Hana Dhamirah, how old are you? Dah patut jadi mak budak tau, bukannya budak umur 5 tahun lagi. Banyak benda lain yang boleh dibuat, kenapa pokok rambutan jugak yang dipanjat?”

Leter ibu sejak 5 minit yang lalu.

“Ala, ibu. Hana nak amik buah rambutan atas pokok tu. Nampak sedaplah pulak.”

Jawabku sambil tersengih. Cuba menahan rasa sakit dan pedih di kaki.

“Budak ni kan! Macamlah opah tak ada galah nak kait buah tu?”

Tambah opah pula.

“Tak bestlah guna galah, opah. Panjat pokok la lagi best.”

Jawabku selamba. Ibu memandangku geram.

“Sudahla tu, Ros. Marah banyak-banyak pun tak guna. Benda dah jadi. Macamlah Ros tak tahu anak perempuan kita yang sorang ni memang hero dari kecik?”

Kedengaran suara abah pula.

“Athif, abah rasa elok dibawak Hana ni ke klinik. Muka dia dah berkerut-kerut menahan sakit tu. Takut ada tulang retak kat mana-mana pulak.”

Tambah abah sambil berpaling ke arah Athif yang hanya membisu sejak tadi.

“Tulang retak? Eee, abah ni! Janganlah nak takutkan Hana pulak.”

Balasku.

“Baru sekarang nak takut tulang tu retak ke tak? Time panjat tadi tak ingat dunia.”

Sindir abah. Aku hanya mampu menayang gigi.

Aku memandang Athif yang kelihatan teragak-agak untuk mendukungku. Mamat ni lagi satu hal. Janganlah dia pengsan kat sini pulak!

“Saya nak kena dukung awak ke?”

Bisik Athif.

Anak matanya masih melekat pada kedua-dua belah kakiku yang terasa sakit untuk digerakkan. Aku sudah mengetap bibir.

“Dah tu, awak nak abah saya yang dukung ke? Tak pun opah? Tak pasal-pasal nanti dari sorang je yang kena jumpa doktor, terus jadi dua orang.”

Sindirku geram. Time-time darurat ni pun fobia dia masih berfungsi seperti biasa.

“Yalah, yalah.”

Lemah suara Athif menjawab. Wajahnya ku pandang, risau pulak kalau mamat ni pengsan macam dulu. Tubuhku dicempung dengan mudah. Kali pertama kami berdua berada dalam kedudukan yang sangat dekat seperti ini. Wajahku terasa panas dan jantungku mula berdegup dengan tunggang langgang. Rasa sakit di kaki terasa hilang sebentar. Haih, kenapalah laki aku ni comel sangat?

Sewaktu meletakkan aku di dalam kereta, Athif memusingkan wajahnya ke arahku, menyebabkan hidung kami bergesel. Masing-masing terkejut dan dia terus melepaskan aku dari dukungannya. Nasib baik kusyen kereta yang menyambut tubuhku. Kalau tanah, rasanya pinggang aku pulak yang retak seribu.

“Sorry.”

Ucapnya pendek dan terus berlalu ke tempat pemandu. Ibu dan abah turut sama menemaniku ke klinik yang berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience