BAB 12

Romance Completed 18289

Rutin harianku masih seperti biasa, cuma rutin malamku sedikit berubah. Sesekali, aku akan mencari maklumat dan membaca tentang gynophobia melalui internet atau buku. Setiap malam, aku pasti akan menyediakan makan malam untuk Athif. Pada mulanya mamat kutub utara itu tidak mahu makan, tetapi lama-kelamaan, dia mengalah juga!

Wah, Hana Dhamirah sepatutnya jadi pakar kaunseling bukannya akauntan! Cuma, aku ingin mengubah tabiatnya yang suka sangat menyampaikan pesanan melalui memo yang ditampal pada peti ais. Aku tahu, tentu niatnya untuk mengelak dari bercakap denganku.

“Hana.”

Panggil Athif.

Aku hanya membisu, anak mataku masih terpaku pada timbunan balance sheets dan resit.

“Hana Dhamirah, I’m talking to you.”

Kali ini nada suara Athif berubah menjadi keras.

“Oh, I thought you’re talking to the fridge.”

Jawabku bersahaja. Wajah Athif yang sudah merah padam ku pandang.

“Fridge ni nama dia Hana Dhamirah ke?”

Sindir Athif tidak puas hati.

“I guess so sebab awak selalu bercakap dengan saya through memo yang ada kat fridge tu.”

“Oh, sekarang ni nak sindir saya pulaklah?”

“Tak sindir pun, saya cakap je. Tak percaya, cuba try tanya fridge tu.”

Athif mendengus, cuba menahan sabar agaknya.

“Fine, sekarang ni apa yang awak tak puas hati dengan saya?”

Soal Athif.

“Yang awak nak mengelak dari bercakap dengan saya sangat kenapa? Saya ada je dalam rumah tapi semua benda yang awak nak sampaikan pada saya, awak tulis atas memo and tampal pada fridge.”

Athif terdiam.

“Awak tak faham, Hana.”

Ucap Athif berserta keluhan.

“Part mana yang saya tak faham tu? Cuba awak tolong bagi saya faham.”

Balasku sedangkan aku tahu apa yang Athif maksudkan.

“Dahlah. Cakap pasal benda ni takkan habis and at the end we end up arguing with each other. Saya penatlah hari-hari asyik berdebat dengan awak.”

“Bila masa pulak saya berdebat dengan awak hari-hari? Saya tak pandai langsung debating.”

Aku tersengih.

“Tengok tu, menjawab je kerjanya. Berdosa tau tak kalau suka menjawab cakap suami.”

Bebel Athif tetapi aku masih tersenyum.

‘Rupa-rupanya mamat kutub utara ni sedarlah yang dia tu husband aku. Aku ingatkan dia ingat kitorang ni housemate’ hati kecilku berdetik.

“Kita tengah marah, dia boleh senyum-senyum pulak.”

Bebel Athif lagi. Aku sudah tertawa kecil, terasa wajah Athif yang keanak-anakan itu kelihatan semakin comel bila dia marah-marah begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience