BAB 13

Romance Completed 18289

Sekejap sahaja sudah lima bulan berlalu. Sedikit sebanyak, karakter Athif berubah perlahan-lahan. Sekarang, aku tidak lagi perlu bercakap dengannya dalam jarak 1 meter seolah-olah kami berdiri sebatu jauhnya. Wajahnya tidak lagi sepucat dahulu apabila aku menghulurkan tangan untuk bersalam setiap hari.

Malam itu, aku dan Athif masing-masing menyiapkan kerja kami di ruang tamu sambil ditemani oleh suara pembaca berita TV3. Athif ralit dengan kertas plan yang terbentang luas di atas meja kopi. Sesekali pensel di tangan kirinya diputar-putarkan.

Sementara aku mengambil tempat di atas karpet, bersila di hadapan komputer riba berserta timbunan dokumen dan fail-fail yang perlu kuteliti.

“Athif!”

Aku sudah menjerit namanya sambil menggerakkan tetikus berulang-ulang kali.

“Isy, Hana! Jangan menjerit macam tu lah. Terkejut tau tak.”

Tegur Athif dengan penselnya yang sudah jatuh bergolek di atas lantai.

“Athif, ni kenapa jadi macam ni. Laptop hang, tak boleh buat apa-apa langsung.”

Aduku.

Terasa ingin menangis bila mengenangkan laporan kewangan ini perlu dibentang dalam mesyuarat pagi esok.

“Saya try tengok jap. Duduk sana sikit.”

Athif datang ke tempatku sementara aku mengambil tempat di atas sofa. Berulang kali tetikus digerak-gerakkan dan entah apa yang ditekan oleh Athif. Sesekali dahinya berkerut-kerut.

“Hana, dah okey dah. You can use it now.”

Balas Athif.

“Tadi kenapa hang teruk sangat?”

Soalku.

“Macam mana menatang ni tak hang? Dekat Local Disk C dah penuh sangat. Patutnya kalau nak kurangkan hang prob kena pindah masuk Local Disk D. Macam mana akauntan boleh jadi IT blind ni?”

Usik Athif.

“Tak kisahla IT blind pun as long as bukan accounting blind. Janji tahu guna computer.”

Jawabku bersahaja.

“Suka sangat menjawab kan ? Upah saya mana?”

Soal Athif, serius.

“Upah apa pulak?”

“Upah tolong repair laptopla, Puan Hana. Service charge.”

“Eee..berkiranya!”

“Memanglah kena kira. Masuk public toilet pun kena bayar 20 sen tau.”

Aku mengetap bibir. Sekarang ni siapa yang suka menjawab sebenarnya?

“Sure awak nak upah dari saya?”

Soalku yang kini beralih tempat duduk di hadapan Athif.

Athif hanya mengangguk dengan riak wajah yang serius. Mamat ni memang nak kena tau!

“Awak jangan pengsan pulak nanti.”

“Eh, orang nak bagi upah. Takkanlah saya nak pengsan pulak.”

Aku tersenyum mendengar jawapan Athif. Aku mendekatkan wajahku ke arah Athif dan bibirku singgah di pipi kanannya.

“Tadi tu upah awak.”

Tuturku bersahaja.

Wajah Athif kembali pucat seperti dulu. Dia terdiam, mungkin terlalu terkejut.

“As you promised, jangan pengsan pulak. Tak larat saya nak angkat awak nanti.”

Aku terus bangun dan menuju ke dapur, meninggalkan Athif yang masih kaku di tempat duduknya. Haih, hari-hari aku rasa laki aku yang takut perempuan tu nampak makin comellah pulak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience