BAB 19

Romance Completed 18295

Hari Isnin dan Selasa aku tidak ke pejabat kerana aku menggunakan sebaiknya MC yang diberi oleh Dr. Aaron. Disebabkan kedua-dua belah kakiku terseliuh, pergerakanku sangat terbatas dan lambat. Kebanyakan kerja-kerja rumah dilakukan oleh Athif. Athif selalu mengusikku yang Gary, siput belaan Spongebob lebih pantas bergerak berbanding aku. Mamat sorang tu memang suka sangat aplikasikan elemen hiperbola.

Plan gilaku kali ini sangat berkesan. Athif kelihatan sangat tenang setiap kali aku ada bersama. Kami boleh berbual dan bergurau dengan selesa. Seperti sekarang ini, dia boleh melakukan kerjanya dengan tenang walaupun aku duduk betul-betul di hadapannya. Sedari tadi aku ralit memerhatikan dirinya yang sedang khusyuk melakar sesuatu di atas kertas bersaiz A3.

Aku suka melihat raut wajahnya setiap kali dia khusyuk melukis. Comel betul! Jari-jemarinya yang runcing itu turut menarik perhatianku. Agaknya betullah orang kata kalau sesiapa yang mempunyai jari-jemari yang runcing ini pandai melukis.

“Athif, tolong amikkan air. Hauslah.”

Pintaku.

Sebenarnya sengaja mengusik dia yang sedang khusyuk menyiapkan kerja.

Tanpa sebarang bantahan, Athif bangun dan menuju ke dapur. Dia kembali ke ruang tamu dengan sebiji gelas dan satu jag air masak. Aku terkebil-kebil memandang jag air tersebut.

“Amboi, marah nampak! Sampai bawak jag sekali.”

Usikku.

“Mana ada marah. Suka lagi adalah. Saya bawak satu jag terus supaya nanti kalau awak nak minum air lagi, senang.”

Jawabnya bersahaja.

“Yalah tu.”

Athif hanya ketawa kecil.

Aku terus teringat pada malam selepas aku pulang dari klinik Dr Aaron. Ketika itu Athif sudah bersiap sedia untuk merebahkan badan di atas gebar tebal yang terbentang di bawah katil. Sudah sampai masanya aku mengubah cara tidur kami.

“Athif, awak tidurla dekat atas katil. Esok dahla nak drive.”

Ucapku.

“It’s okay. Lagipun takkan awak pulak nak tidur dekat bawah ni. Kaki tu dahla dah bengkak macam kuih bom.”

Jawab Athif.

“Maksud saya, awak tidur dekat atas katil sekali dengan saya. Katil ni kan besar.”

Tuturku satu persatu. Agaknya dek terlalu terkejut, Athif yang sedang berbaring terus duduk. Anak matanya tajam menikam wajahku.

“Lagipun both my kaki kan sprained. Nanti kalau saya nak mintak tolong apa-apa time tidur, susah pulak saya nak bergerak turun dari katil untuk kejutkan awak. Tak pasal-pasal nanti saya buat program Hana’s Got Talent dengan gaya payung terjun dari atas katil pulak. Kalau ada kat sebelah, senang je.”

Terangku, cuba mencari alasan yang paling logik.

Athif masih diam membisu tetapi perlahan-lahan dia memanjat katil dan merebahkan badan di sebelahku. Sedaya upaya dia cuba menjarakkan diri sedangkan aku pula sedaya upaya cuba menahan ketawa. Perubahan tempat tidur ini berterusan hingga pulang ke rumah kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience