BAB 10

Romance Completed 18289

Sewaktu menyidai telekung di penyidai kayu, aku sempat menjeling telatah Athif yang sedang duduk bersila di atas karpet sambil membaca sebuah buku. Aku menyarung tudung dan bersiap-siap untuk turun ke tingkat bawah, membantu menyiapkan sarapan.

Entah bagaimana, sewaktu aku melangkah, kakiku tersadung pada hujung karpet dan aku terjatuh ke hadapan. Bukan jatuh tepat di atas karpet, tetapi terjatuh di atas badan mamat kutub utara. Erk!

“Sorry! Seriously sorry!”

Tuturku kalut.

Ketika itu, wajahku kami berdua tersangat dekat sehingga aku boleh melihat dengan jelas warna anak mata Athif yang hitam pekat. Athif sudah kaku, diam membisu. Wajahnya teramatlah pucat dan dia kelihatan seperti susah untuk bernafas.

“Athif! Awak okey tak ni?”

Soalku.

Kedua-dua belah mata Athif sudah tertutup. Alamak, mamat ni pengsan sebab terkejut sangat ke? Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Apa aku nak buat ni?

“Athif, bangun. Awak dengar suara saya tak?”

Soalku lagi sambil menepuk lembut pipi kanannya. Senyap, tiada sebarang balasan. Aku ambil sebiji bantal dan meletakkan bantal tersebut di bawah kepala Athif yang masih tidak sedarkan diri. Aku berlari ke bilik air dan membasahkan kedua-dua belah tanganku. Sambil membaca selawat, aku menyapu kedua-dua belah tanganku yang basah ke seluruh wajah Athif yang masih pucat.

“Jangan!”

Jerit Athif sedikit kuat dan menolak tubuhku menjauhinya. Aku menarik nafas lega sebaik sahaja melihat Athif sudah sedarkan diri.

“Sorry! Next time I’ll make sure that I’ll have a ruler with me. Senang nak measure 1 metre radius dari awak.”

Usikku sebelum keluar dari bilik.

Aku terus mengatur langkah ke dapur. Kelihatan Mak Leha yang merupakan pembantu rumah keluarga ini dan Mak Su sedang menyiapkan sarapan pagi. Aku memberi salam sebelum melangkah masuk.

“Haa, dah bangun pengantin baru?”

Sapa Mak Su mesra. Aku hanya tersengih sambil mencari sebilah pisau untuk membantu Mak Leha menyiang sayur sawi untuk dimasak bersama bihun goreng.

“Hana nak buat apa dengan pisau tu?”

Soal Mak Leha.

“Nak potong sayurlah, Mak leha. Takkan nak sembelih ayam pulak.”

Jawabku separuh bergurau.

“Tak payahlah, Hana. Duduk je diam-diam. Biar Mak Leha yang buat.”

Pisau ditanganku sudah berpindah tangan.

“Athif mana? Tak turun lagi?”

Soal Mak Su sambil memotong isi ayam dalam bentuk dadu.

“Ada kat atas. Sekejap lagi turunlah tu.”

Jawabku tenang. Kalaulah Mak Su tahu Athif pengsan tadi, mahu terkejut orang tua ni. Aku cuba menyimpan senyuman bila memikirkan hal tadi.

“Sebenarnya, kitorang semua terkejut sangat bila Athif setuju dengan idea walid dia untuk berkahwin dengan Hana. Mula-mula tu memang mati-mati dia tak nak. Dia cakap, orang macam dia tak sesuai nak kahwin dengan siapa-siapa. Nanti kesian bakal isteri dia nanti.”

Cerita Mak Su. Aku hanya mendengar, menanti cerita yang seterusnya.

“Tapi, Alhamdulillah lepas banyak kali kitorang pujuk, barulah Athif setuju. Abang Long Athif sampai ingat Athif tu gay.”

Aku yang sedang meneguk air masak terus tersedak. Mak Su hanya tersenyum melihat telatahku.

“Sampai macam tu sekali?”

Soalku. Mak Su angguk.

“Kesian sangat kalau tengok Athif. Dari kecil lagi dia fobia dengan perempuan. Yalah, sejak walid dia kahwin dengan perempuan buruk perangai tu. Setiap kali walid pergi outstation, memang teruk Athif kena dera. Dera secara mental dan fizikal. Time tu, umur Athif baru sepuluh tahun. Dahla dia sedih sebab umi dia baru meninggal, lepas tu dapat pulak ibu tiri yang macam tu.”

“Kesiannya. Kiranya trauma dia dari kecil sampai ke besar la?”

Soalku.

“Ha’ah. Dia tak nak pergi sekolah campur. Bila masuk sekolah menengah, dia dapat offer pergi MCKK. Memang lima tahun Athif kat situ. Dengan makcik-makcik saudara dia pun dia tak bercakap sangat. Jarang nak datang mendekat. Kalau Hana perasan, ada parut dekat belakang badan dia. Parut tu kesan kena siram dengan air panas. Tu ibu tiri dia punya kerja.”

Aku senyap. Manalah aku tahu mamat tu ada parut kat belakang badan dia. Setiap kali dia keluar dari bilik air selepas mandi, memang dia dah siap berpakaian.

“Dekat hujung dahi belah kanan pun ada parut jugak. Kesan jahitan bila dia jatuh tangga. Banyak sangat kesan dera ibu tiri dia tinggalkan. Mak Su kesian sangat tengok Athif tu. Dahla bekas tunang Athif dulu pun perangai tak berapa nak cantik walaupun mukanya cantik. Elok-elok bertunang dengan Athif, dia simpan lelaki lain pulak.”

“Tak apalah, Mak Su. Benda-benda tu semua dah berlalu kan? Kita pandang ke depan, insya Allah Athif akan pulih seperti sepatutnya. Allah itu Maha Adil.”

Tuturku lembut dan Mak Su tersenyum sambil memaut bahuku mesra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience