BAB 14

Romance Completed 18295

Selepas kejadian ‘upah’ tersebut, Athif sudah kembali ke karakter asalnya. Perangai ais bekunya datang kembali. Perbualan kami kembali kepada jarak 1 meter. Aku sendiri tidak faham dengan perubahan Athif. Yang aku pasti, hampir setiap hari dia pulang lewat. Bila aku bertanya, dia beralasan yang dia sibuk dengan projek perumahan di kawasan Sri Hartamas. Jika hari minggu pula, Athif pasti akan menghilangkan diri pada waktu pagi dan hanya akan berada di rumah menjelang tengah hari.

Aku sendiri sudah mati idea mengenai apa yang harus aku lakukan untuk memulihkan Athif. Tiba-tiba aku teringat perbualanku dengan adikku, Adam minggu lepas.

“Fobia ni kan kak, actually lebih banyak dikawal oleh minda kita. Apa-apa jenis fobia pun, semuanya related to our psychology.”

Begitulah mukadimah bakal doktor muda itu.

“Tak ada treatment ke, Adam? Maybe ada specific medicine ke.”

Soalku.

“Bolehla prescribe medicine, tapi tak membantu sangat nak cure fobia tu. It’s more to nak calm the patient down. Better jumpa doctor yang in charge for psychology matters for treatment and counseling. It’ll help the patient to contol the phobia or may be able to cure it. Only Allah knows. Tapi, kita kena cuba dan usaha.”

Jawab Adam panjang lebar.

“Akak tak berani nak suruh Athif pergi hospital for treatment and counseling. Dahlah sekarang ni dia tengah mode perang dunia ketiga.”

Balasku tetapi disambut oleh tawa besar daripada Adam. Cuma Adam yang mengetahui tentang fobia Athif. Ibu dan abah di Ipoh, langsung tidak tahu-menahu tentang hal ini.

“Kak, akak buat je balik apa yang Adam pernah buat dekat akak dulu.”

Balas Adam, riang.

“Buat balik apa?”

Soalku bingung.

“Akak dah lupa ke yang dulu akak tu fobia tempat tinggi? Each time ada kat tempat yang tinggi, akak akan rasa pening, rasa nak muntah and pitam?”

Soalanku tadi berbalas dengan soalan juga.

Aku terdiam, cuba mengingat kembali.

“Lepas tu Adam selalu paksa akak bukak mata bila ada kat tempat tinggi. Bila ada roller coaster, Adam paksa akak naik. Sampai akak menangis-nangis tak nak. Ingat tak?”

“Hah, ingat! Adam memang kejam betullah time tu.”

Adam ketawa senang.

“Bukan kejam, kak. Tapi Adam nak buang rasa fobia tinggi dalam minda akak tu. Sebab ada case yang bila orang tu ditemukan dengan fobia dia and that person is used to it, slowly perasaan fobia and takut tu akan hilang. At first memanglah susah but it works. Sekarang akak memang gila naik roller coaster yang akak takut sangat nak naik dulu tu kan? Pantang nampak aje.”

Aku ketawa mendengar penjelasan Adam. Aku teringat kembali betapa teruknya fobiaku terhadap tempat-tempat tinggi satu masa dahulu. Sampaikan ferris wheel yang bergerak lambat tu pun aku tak boleh nak naik. Kalau naik, pasti lututku akan menggeletar dan kemudiannya aku akan muntah-muntah.

“So, untuk case abang ipar Adam ni, apa yang akak patut buat?”

Soalku.

“Pandai-pandailah akak buat something so that dia kena stick dengan akak. Dia mesti ada dekat dengan akak.”

Jawab Adam.

“Yes, doc!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience