BAB 4

Romance Completed 18289

Usai solat Subuh berjemaah dengan ahli keluargaku, aku mendapatkan ibu yang sedang melipat telekung. Ibu hanya tersenyum memandangku. Alahai ibu ni, senyum-senyum ayu macam ni lah yang aku lemah sikit.

“Ibu.”

“Kenapa Hana?”

“Errr…Hana rasa Hana okey je dengan pilihan ibu tu. Tapi, bukan dengan anak kawan ibu yang Indonesian tu tau.”

Terus aku teringat pada Faiq. Tak rela rasanya jadi bahan Faiq pasal calon ibu yang Indonesian tu sepanjang hidup. Ngeri!

Aku lihat senyuman ibu makin melebar.

“Oh, dengan anak Haji Shukri ye?”

Aku hanya senyap, manalah aku tahu ayah budak tu nama apa. Kemudian aku hanya tersengih paksa.

“Nanti ibu bincang dengan abah ye.”

Aku hanya mengangguk dan ingin berlalu ke bilik untuk membaca al-Quran seperti selalu.

“Hana.”

Panggil ibu, lembut. Langkahku terhenti dan aku kembali mendapatkan ibu.

“Thanks, sayang.”

Dan tubuhku dipeluk erat.

Haih, ni yang rasa nak buat drama air mata pulak. Sepanjang malam tadi aku tidak boleh tidur kerana memikirkan hal kahwin ini semasak-masaknya. Rasanya dah sampai hangus pun. Kasihan pula dengan ibu yang sangat berharap. Dan aku pasti setiap kali pulang ke kampung, pasti ada mulut-mulut yang ringan bertanya tentang isu kahwin-mahwin aku ni. Siapa yang cakap nak kahwin tu senang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience