BAB 21

Romance Completed 18295

Setahun kemudian.

“Walid, cuba tengok anak walid yang sorang tu. Tak habis-habis berkepit dengan wife dia. Macamlah Hana tu nak buat larian marathon.”

Usik abang Long Athif.

“Yalah, sebelum ni kalau ada perempuan je dekat dengan dia, dia dulu buat acara lompat jauh. Sekarang ni dah lain pulak ya.”

Tambah walid sambil tersenyum.

“Sebelum ni siap pesan suruh stay 1 metre radius away lagi.”

Usikku separuh berbisik kepada Athif yang hanya tersengih menerima usikan abang Long dan walid.

“Tu dulu. Sekarang ni, mesti 0 metre radius.”

Jawab Athif bersahaja. Tapak tangannya dilekapkan pada perutku yang sudah membulat memandangkan kandunganku sudah berusia enam bulan.

“Kalau baby ni lelaki, janganlah dia takut perempuan macam papa dia.”

Tuturku dengan tujuan untuk mengusik Athif.

“Dulu belajar Bio tak habis eh ? Phobia is not in genetics la.”

Balas Athif sambil pipiku dicubit lembut. Aku ketawa kecil.

“Kalau saya tahu dari our first meeting yang you are the one, memang nak propose time dekat Kinokuniya dulu.”

Tambah Athif.

“Dekat Kinokuniya?”

Soalku.

“Eh, tak ingat ke our first meeting dekat Kinokuniya? Awak terlanggar saya and sebab saya takut sangat, saya terus lari dari situ. Ingat?”

Jawab Athif.

Aku terdiam sebentar sambil memoriku cuba memproses maklumat yang baru diterima. Ohhh..dia ni!

“Nak terus proposelah sangat. Nak propose macam mana kalau time tu pun awak dah tunggang langgang cabut lari?”

Usikku dan Athif hanya tersengih dan terus dia mengucup dahiku.

“Thank you for everything and I love you.”

Bisik Athif perlahan.

Senyuman bahagia terlakar di bibir ku. Terima kasih, Allah! Rasanya memang patut aku bersara dari profession akauntan dan bertukar menjadi ahli psikologi terutamanya dalam aspek gynofobia, takut aku takut oi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience