BAB 11

Romance Completed 18295

Seminggu kemudian, aku mengikut Athif untuk berpindah masuk ke rumahnya di Taman Tun Dr Ismail. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku sudah menepuk dahi.

“Awak, ni rumah ke hutan?”

Soalku apabila aku melihat ruang tamu yang berselerak.

“Ke awak selalu main perang-perang kat living room ni?”

Soalku lagi.

“Saya tak sempat nak kemas. Busy sangat before wedding, banyak kerja nak kena settle. Since awak dah pindah masuk ni, awaklah yang kemaskan. Awakkan pandai bab kemas mengemas ni.”

Jawab Athif sambil menyindirku. Eee, dia ni kan!

“Barang-barang saya nak letak kat mana?”

Soalku walaupun aku sudah boleh meneka jawapannya.

“Kat second room, next to master bedroom. Actually saya nak bagi master bedroom kat awak sebab bilik tu lagi besar but bilik tu tak kemas lagi. In the mean time, awak duduk kat second room dulu la.”

“Eh, tak pelah saya pindah masuk master bedroom. Nanti saya boleh kemaskan sekali. Takkan saya nak duduk asing-asing bilik dengan awak kan?”

Usikku.

Athif sudah membulatkan matanya yang sememangnya sudah sedia bulat. Aku ketawa dan terus naik ke tingkat atas.

Selepas Asar, aku hendak mengambil barang-barangku di rumah sewa sebelum membeli barang-barang keperluan rumah yang lain.

“Awak drive kereta awak, saya drive kereta saya.”

Ucap Athif. Aku sudah mengerutkan dahi. Mamat ni suka buat benda pelik-pelik dan kurang cerdik.

“Kenapa pulak? Tadi dari rumah walid kan saya naik satu kereta dengan awak. Naik satu kereta je lah. Yang nak membazir petrol tu kenapa?”

Balasku.

“Awak nak kita accident ke ? Tadi dari rumah walid kan awak duduk kat bahagian belakang kereta. Ni kereta awak dah ada, better you drive your own car.”

“Ya Allah, bukannya saya nak terkam awak dalam kereta tu nanti. Saya duduk diam-diam je, takkan kacau awak. Kalau awak takut sangat saya duduk sebelah awak, saya duduk kat bahagian belakang macam tadi.”

“Tapi…”

“Tapi apanya? Membazir tu kesukaan syaitan tau. Awak nak jadi kawan diorang ke? Saya tak nak.”

Aku lihat Athif sudah serba salah.

“Yalah, yalah. Let’s go.”

Suara Athif yang tadinya tegang menjadi kendur. Aku tersenyum menang di dalam hati. Aku segera menyarung sneakers dan membuka pintu belakang Toyota Harrier milik Athif yang berwarna beige.

“Hana.”

Aku memandang Athif yang sudah kelat wajahnya.

“Duduk kat depan. Kalau nak merasa pakai driver, nanti employ proper driver.”

Aku ingin ketawa tetapi ku tahan sedaya mungkin. Plan 2 berjaya, kita tengok plan 3 pulak nanti. Aku tersenyum sendiri sebelum membuka pintu kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience