BAB 7

Romance Completed 18289

Sambil menikmati hidangan makan tengah hari, kami berbual-bual. Lebih tepat lagi, hanya aku dan Haji Shukri yang rancak berbual. Hanya sesekali sahaja Athif bersuara, itu pun setelah disoal berkali-kali oleh walidnya. Kadang-kadang aku terlupa yang Athif masih wujud di situ.

Setelah selesai makan, Athif bangun dan beratur untuk membuat pembayaran. Agak panjang juga barisan yang beratur di hadapan kaunter.

“Hana, walid ada benda nak bagitahu ni. Walid tak nak Hana terkejut pulak nanti.”

Tutur Haji Shukri perlahan.

“Walid nak bagitahu pasal apa?”

Soalku.

“Hana perasan tak yang Athif tak pernah keluar dengan Hana tanpa bawa salah seorang abang dia?”

Soal walid.

Aku angguk. Bagi aku, perkara tersebut tidak terlalu pelik dan sangat bagus kerana ada orang ketiga yang boleh menjadi pemerhati.

“Hana perasan tak yang Athif akan berdiri sebatu jauhnya bila bercakap dengan Hana?”

Aku angguk lagi. Memang Athif akan berdiri jauh dariku dan dia tidak akan memandang wajahku ketika bercakap. Atau dia lebih rela abangnya yang menjadi jurucakap. Kadang-kadang aku rasa, aku bakal berkahwin dengan abangnya, bukannya dengan mamat kutub utara tu.

“Hana perasan tak muka Athif akan pucat bila Hana ada dekat dengan dia? Atau dia akan jadi tak tentu arah?”

Sekali lagi aku mengangguk. Secara jujur, Athif Rifqi Haji Shukri sangat pelik sejak pertama kali aku bertentang mata dengannya.

“Hana, Athif tu sakit sebenarnya.”

“Hah! Sakit? Sakit apa, walid?”

Aku lihat walid menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.

“Athif tu ada gynophobia. Senang cerita, Athif fobia dengan perempuan.”

Aku terus terdiam, terkejut bercampur bingung. Patutlah perangai Athif tersangatlah macam ais dekat kutub utara yang tak akan cair sampai bila-bila!

“Arwah umi Athif dah lama meninggal and lepas tu walid kahwin lagi. Ibu tiri Athif, selalu dera dia bila walid tak ada di rumah. Lepas tu walid bercerai. Since then, dia mula fobia, takut dengan mana-mana perempuan. Nasib baik adik-beradik Athif semuanya lelaki. Macam-macam walid buat untuk pulihkan dia. Slowly, he’s recovering sampai dia bertunang. Tapi bekas tunang dia pulak buat hal dan fobia dia makin menjadi-jadi sampai sekarang.”

Terang Haji Shukri panjang lebar.

Aku masih mendiamkan diri, cuba mencerna satu-persatu info yang baru kuterima. Perasaanku bercampur baur.

“Hana.”

Panggil Haji Shukri, lembut. Aku memandang wajah tenang Haji Shukri.

“Walid mintak tolong sangat-sangat. Hana tolonglah pulihkan Athif, ya. Sampai bila dia nak hidup dengan fobia dia tu. Tolong ya, Hana. Walid yakin Hana mampu bantu Athif.”

Aku sudah menggigit bibir. Kalau walid yakin dengan aku sekalipun, aku tak yakin dengan diri sendiri. Parah ni! Maunya tak parah, aku cuma seorang akauntan yang setiap hari menghadap pelbagai rupa angka dan bukannya seorang doktor yang mempunyai ilmu perubatan. Lagipun nak cairkan ais mamat kutub utara tu? Rasanya aku pulak yang bakal jadi igloo ataupun orang salji.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience