BAB 5

Romance Completed 7174

Petang itu Keysha kelihatan resah dan tak tenteram duduknya memikirnya kata-kata Mikael boleh jadi ada benarnya . Hatinya meronta-ronta mahu tahu khabar berita buah hatinya yang jauh nun disana kerana mengikut perkiraannya Aisy sudah tamat belajar, mungkin sudah menjadi seorang doktor sekarang. Dengan penuh persoalan dihatinya Keysha mengambil keputusan untuk menziarahi Puan Bariah hari itu juga, disamping mahu bertanyakan keadaan Aisy.

“Hah! Keysha nak ke mana tu?” tegur Puan Ismah tiba-tiba muncul dari dapur sambil membawa minuman petang.

“Er.. hajatnya… Keysha nak ke rumah Aisy, mama. Nak melawat makcik Bar. Bolehkan ma?” Pinta Keysha sedikit gugup.

“Alah, tak perlu susah-susah diri kamu ke sana, bukan dia ade pun.” jawab Puan Ismah acuh tak acuh.

“Hah! makcik Bar ke mana ma?” tanya Keysha sedikit terkejut

“Hrmm.. dengar kata dia dah pindah Subang Jaya, rumah saudara dia kat sana.”Puan Ismah berbohong.

“Pindah? Patutlah aku tengok semalam sunyi je rumah tu? Jangan-jangan abang Aisy pun duk dekat sana juga? Ahh, tak mungkin dia balik Malaysia tak inform kat aku dulu! Aduss abang Aisy pun satu, kenapalah tak hantar berita langsung? 5 tahun abang menyepi tanpa khabar berita. Keysha betul-betul rindukan abang.” rintih Keysha didalam hatinya.

“Daripada kau tunggu anak dia, baik kau nikah je dengan si Mikael. Baik budaknya. Lagi pun keluarga dia, mama kenal sangat.” tiba-tiba Puan Ismah bersuara.

“Mama.. jangan sebut pasal ni lagi boleh tak? Kan Keysha dah bagitahu mama, cinta Keysha hanya untuk Abang Aisy sorang! Keysha yakin abang Aisy akan balik Malaysia nanti.” keluh Keysha tak suka cadangan mamanya itu.

“Balik? Bila? 10 tahun? ke 20 tahun lagi? Dahlah Keysha tak guna kau tunggu budak tu lagi, dah 7 tahun kau tunggu dia. Ada dia tanya khabar kau? Tak de kan? Kau tahu berapa umur kau sekarang ni? 25 tahun! Dah boleh ada anak pun!”marah Puan Ismah kesal dengan sikap degil Keysha itu.

“Keysha yakin, yang abang Aisy akan balik Malaysia nanti.” jawab Keysha sebak sambil menundukkan pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience