BAB 3

Romance Completed 7174

“Abang akan bertolok malam ni. Tumpang kat rumah Pak Long di Subang Jaya sebelum berangkat ke sana nanti.” tiba-tiba Aisy bersuara. Dia memandang Keysha yang masih menunduk menahan sebak.

“Keysha.. abang ada sesuatu nak bagi ni. Sebagai kenangan dan tanda cinta abang pada Keysha. Nah! bukalah.” pujuk Aisy untuk mengembirakan permaisuri hatinya itu.

Keysha membuka bungkusan hadiah dan mengeluarkan sepasang jubah dan tudung sutera yang berwarna biru air laut warna sama dengan tudungnya.

“Cantiknya abang, terima kasih, ye”. ucap Keysha sambil tersenyum senang.

“Nanti, pakai masa jemput abang kat Airport 3tahun dari sekarang. ye.” kata Aisy dengan nada romantik.

Sebelum melangkah keluar dari perkarangan rumah Keysha Aisy sempat berpesan kepada Keysha.

“Keysha ini merupakan kali terakhir pertemuan kita, lepas ni tak tahu bila pulak kita nak jumpa. Abang ke sana mungkin dalam 3 tahun. Nak balik ke Malaysia pun, abang tak tahu dapat balik ke tidak sebelum tamat pengajian. Keysha kan tahu, family abang bukan kaya raya, ni pun nasib baik abang dapat tajaan JPA. Kalau tak, tak merasa abang nak pergi negera orang.” ujar Aisy berjeda dengan suara berjenaka.

Keysha menunduk kepalanya memandang tanah dan cuba menahan tangisannya. Setelah mendengar kata-kata Aisy dia mendongak lalu memandang tepat pada anak mata Aisy yang kuyu itu seraya bersuara.

“Keysha tahu abang, tapi Keysha nak abang janji satu pada Keysha.” Keysha berhenti sejenak cuba tahan sebak di dadanya.

“Apa sayang? Insya-Allah kalau abang mampu, abang akan cuba tunaikan.” Aisy cuba memujuk.

“Nanti sampai disana, setiap bulan abang mesti hantar surat kat Keysha, ye.” pinta Keysha.

“Hah, surat? Kenapa tak minta abang call je atau email?”. Aisy keliru dgn permintaan Keysha.

“Abang kan tahu, mama tak berkenan sangat dengan perhubungan kita. Jadi kalau kita bergayut mahu tak nya mama mengamuk nanti . Hmm kalau email susah, kena pergi cyber cafe. Tak naklah Keysha. Kalau surat boleh simpan dan boleh baca kalau teringatkan abang.” jelas Keysha bersungguh-sungguh.

“Oklah sayang, abang janji.” Tekad Aisy dihatinya.

“Hmm..” Keysha menepuk-nepuk pipi gebunya dengan jari telunjuknya.

“Hah! lagi satu, yang paling penting jangan cari orang lain ya, Keysha janji akan tunggu abang balik. Keysha nak kahwin dengan abang saje, ni ikrar Keysha pada abang.” Ucap Keysha semangat.

“Lah, ingatkan apa? Ok! Tapi Keysha pun kena janji sama, jangan cari dengan orang lain. Abang ke sana pun nak buktikan pada mama Keysha yang abang boleh berjaya.” ujar Aisy sebelum melangkah menuju kearah kereta Proton Saga peninggalan ayahnya itu

Sebaik sahaja Aisy masuk ke dalam perut keretanya Keysha memanggilnya. Satu flying kiss dari Keysha buat Aisy . Dan satu kuntuman senyum hinggap dibibir Aisy lalu dia membalasnya dengan membuat pergerakan mulut dengan perkataan i love so much. Hati mereka berbunga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience