BAB 11

Romance Completed 7174

“Keysha, mama kamu pernah datang ke rumah mak cik. Dia maki hamun dan minta makcik jauhkan Aisy dari kamu.”cerita Puan Bariah menbongkarkan semuanya.

“Tapi kenapa mama sanggup buat macam tu?” soal Keysha dengan sedikit terkejut.

“Kamu tanyalah mama kamu sendiri, mak cik tak nak keruhkan lagi keadaan.” ujar Puan Bariah perlahan.

Tanpa berfikir panjang Keysha terus bangkit dari duduknya berlalu ke arah kereta Toyota Rush miliknya lantas menghidupkan keretanya dan terus meluncur ke rumahnya.

“Aisy, jom kita kerumah Keysha, mak takut sesuatu akan terjadi.”ajak Paun Bariah menarik tangan anaknya yang masih kelihatan bingung.

Sampai di rumah Keysha, Aisy dan maknya terdengar suara Puan Ismah marahkan Keysha. Mereka meluru naik ke rumah kayu yang masih cantik itu.

“Ya, memang mama yang tulis!” sergah Puan Ismah

“Tapi kenapa ma? Kenapa mama buat macam ni. Apa salah Aisy mama buat dia macam tu? Kenapa mama sanggup pisahkan kami mama? Mama kan tahu saya hanya cintakan Aisy saja.” tanya Keysha bertalu-talu. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tangisan.

“Aku tak nak kau dengan dia bersatu, aku mahu balas dendam terhadap ayah dan mak dia, apa yang aku mahu tak dapat? Jadi apa yang anak dia nak, aku akan halang. Kau faham tak Keysha, kau tu anak aku. Aku nak kau bahagia!” jerkah Puan Ismah dengan kasar.

“Bahagia? Mama tahu tak orang yang Aisy mahukan itu adalah Keysha ma. Anak mama. Mama tak sayangkan Keysha ke ma?” Keysha masih merayu dengan tangisan yang tersedu-sedu.

“Kak sudah-sudahlah” tiba-tiba Puan Bariah dan Aisy sebaik sahaja tak tahan melihat Keysha terus dipersalahkan.

“Korang buat apa kat sini? Aku tak nak tengok muka korang. Keluar sekarang!” Kemarahan Puan Ismah bertambah apabila melihat Puan Bariah dan Aisy berdiri di muka pintu rumahnya.

“Sabar mak cik”. Aisy cuba menghalang Puan Ismah daripada memukul maknya

“Kak sudahlah. Perkara dulu kita lupakan, saya tahu kak masih berdendam dengan arwah. Tapi arwahkan dah tak de. Tak elok akak masih simpan dendam, lagipun kita sudah tua, kak.”pujuk Puan Bariah untuk meredakan kemarahan Puan Ismah

“Kau diam! kau sedaplah cakap sebabnya kau dapat apa yang kau mahukan! Tapi aku? Apa aku dapat? Kau tahu tak, aku menderita hidup dengan orang yang tak pernah aku cinta, kau tahu tak!” herdik Puan Ismah marahnya semakin menggila.

“Mama! Mama cakap apa ni?” soal Keysha benar-benar keliru .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience