BAB 7

Romance Completed 7169

Keysha terperanjat besar dengan apa yang Ain beritahunya seketika tadi. Ketika itu perasaan Keysha masa itu bagai dihiris sembilu dan hati dirasakan juga dicincang-cincang sampai lunyai. Keysha kembali bersuara setelah diam seketika.

“Ye ke? Aku tak tahu pun.” Keysha cuba mengawal emosinya.

“Aah, kau tahu bila aku dapat berita tentang Aisy nak kahwin dekat Ireland. Mati-mati aku ingat kau pengantin perempuan. Lepas mak aku cerita, terkejut beruk aku dibuatnya. Haa satu lagi, betul ke mak ngah aku cakap kau dah kahwin? Sampai hati kau tak bagitahu aku, ye.” Tanya Ain lagi, sambil membuat muka sedih.

“Ishh Kau mengarut apa ni? Mana ade aku kahwin.” Balas Keysha ternyata terkejut dengan pertanyaan Ain.

“Ye ke?” duga Ain seakan tidak percaya.

Tiba-tiba telefon bimbit Ain berbunyi.

“Jap ek Keysha” Ain meminta izin mahu menjawab panggil itu.

Keysha mengangguk dengan perasaan berdebar-debar menantikan Ain untuk mendengar tentang Aisy dan bagaimana Ain boleh kata dia dah berkahwin. Penantian itu begitu lama baginya. Keysha menjadi memerhati yang setia, dilihatnya Ain mengangguk- angguk. Apa yang dibicarakan dengan si pemanggilnya Keysha sendiri tak tahu. Selepas mematikan talian Ain segera menuju ke arah Keysha.

“Eh Keysha, maaf aku terpaksa pergi dulu. Mak aku dah bebel ni, tak sempat nak story-story la, sory sangat.” keluh Ain kesal.

“Laa.. Ain kau tak sempat bagitahu aku lagi, mana kau tahu aku dah kawen ni.” ujar Keysha menagih simpati Ain.

“Maaf lah mak aku nak ke hospital ni, lain kali ye? Oh ye, belum terlupa esok majlis Aisy datanglah ye, buat kejutan pada Aisy nanti. Ok chow dulu, daa.” ujar Ain panjang sebelum menghilangkan dirinya kedalam keretanya.

“Insya-Allah aku datang, nanti kirim salam dekat mak kau nanti ye?” sempat lagi Keysha melaung kerana Ain sudah menghidupkan enjin kereta Kelisanya yang berwarna biru.

“Tak boleh jadi ni, aku mesti ke rumah Aisy.” gumam Keysha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience