BAB 9

Romance Completed 7174

“Aisy sabar dulu nak jangan nak marah, Aisy sampai bila? Kenapa tak bunyi enjin kereta?” Puan Bariah sengaja menukar topik supaya Aisy dapat mengawal marahnya.

Keysha terdiam dan terkejut. Dengan perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara itu. Selama tujuh tahun dia menanti-nantikan kehadiran wajah kekasih hatinya dan hari ini akhirnya dia dapat menatap wajah yang dirinduinya selama ini. Aisy yang dia kenali dulu jauh berbeza yang berada dihadapannya, kini wajahnya yang sawo matang itu kelihatan matang sesuai dengan usianya 27tahun, kini Aisy berkaca mata dan ada sedikit kumis hinggap di bahagian bibir bawahnya. Aisy begitu kacak pada pandang Keysha dari dulu sampai sekarang. Dan hanya Aisy sorang yang berhak bertahta dihatinya.

“Keysha ikut abang. Kita bincang kat bawah jangan libatkan mak abang dalam hal ni.” Aisy menarik tangan Keysha dengan kasar.

“Abangg! Lepaslah, tangan Keysha sakit.” marah Keysha yang kesakitan.

“Aisy kau nak buat apa dengan Keysha tu? Tolong Aisy,” rayu Puan Bariah dengan air mata bercucuran.

“Mak, biar Aisy dan Keysha selesaikan masalah kami berdua. Mak jangan masuk campur!” Aisy meninggikan suaranya sedikit.

Terselit dihati Puan Bariah rasa bersalah, dia tahu Aisy mahupun Keysha tak bersalah dalam hal ini.

“Ya Allah”, kau lindungilah mereka berdua” doa Puan Bariah dalam hati.

“Abang, kenapa abang buat Keysha macam ni? 7 tahun Keysha tunggu abang, kalau abang dah tak sayang Keysha . Sekurang- kurang abang hantar surat pada Keysha, tak pun telefon bagitahu abang dah ada perempuan lain. Susah sangat ke?” laung Keysha melepaskan geramnya yang terbuku lama dihatinya.

“Ni tak! Abang seksa jiwa Keysha selama 7tahun!” Keysha menyambung marahnya.

“Abang tahu sampai sekarang Keysha membujang, sebab apa abang nak tahu? Sebab Keysha tunggu abang tapi abang sedikit pun tak kesahkan?” luah Keysha suaranya menjadi perlahan dek kerana tak tahan sebak. Abang dah ade orang lain kan? Cakap abang! Cakaplah!. Betul orang kata lelaki memang tak boleh setia. Keysha tak sangka abang macam ni, kalau Keysha tahu abang dah kahwin Keysha tak teragak-agak nak terima lamaran Mikael. Keysha benci abang, benci!” tuduh Keysha yang semakin menggila marahnya.

“Enough Keysha! jangan nak tuduh abang bukan-bukan.”Aisy membela dirinya.

Keysha terkedu Aisy tiba-tiba menengkingnya.

“Sapa yang buat hal dulu? Keysha atau abang? Keysha ingat abang dekat sana nak main-main ke? Abang ke sana pergi belajar nak buktikan pada mama Keysha, yang abang boleh jadi orang berjaya. Boleh jaga Keysha. Boleh bagi kemewahan pada Keysha.” terang Aisy nada sedikit kasar.

“Keysha tak mahukan kemewahan! Keysha mahu abang!” Keysha memekik sambil menutup kedua belah telinganya Keysha mahukan abang.” tangisannya semakin menjadi.

“Keysha, sabar Keysha. Dengar dulu apa abang nak cakap?” Aisy mengoncangkan kedua bahu Keysha bagi menenangkan Keysha yang semakin tidak keruan.

“Tak nak, abang tipu. Abang sanggup buat macam ni pada Keysha. Keysha setia dengan abang, setiap bulan Keysha tulis surat untuk abang tapi Keysha tak berani nak poskan. Keysha takut menganggu abang. Makcik Bar bagitahu pada mama yang abang kena repeat paper sebab Keysha, abang tipu sebenarnya, abang ada perempuan lain kan? Apa salah Keysha, abang?” rungut Keysha berjeda air matanya mengalir dengan lajunya.

“Ye! memang abang kena repeat paper dan hampir hilang nyawa gara-gara surat Keysha. Abang hantar surat pada Keysha, tapi Keysha tak pernah nak balas. Selama setahun abang menunggu surat dari Keysha. Keysha tahu tak?” Aisy berhenti sejenak dan memandang Keysha yang masih tersedu-sedu.

“Dengan sabar abang menanti, tanpa disangka-sangka abang terima surat dari Keysha akhirnya, tak sia-sia penantian abang. Betapa gembiranya hati abang hari tu. Tapi abang tak menyangka surat kiriman dari Keysha, memberi satu tamparan hebat bagi abang. Abang hampir bunuh diri tapi Allah masih menyayangi abang. Dia utuskan Diana menyelamatkan abang dari membuat perkara terkutuk itu, Diana tak putus-putus nasihatkan abang.”

“ Hampir dua tahun abang berputus asa dalam kehidupan abang tetapi Diana sentiasa bersama abang, dia menjadi peneman setia abang. Membuatkan abang terbuka hati untuk menerima cintanya . Abang ambil keputusan untuk berkahwin dengan Diana, mak pun setuju. Masa tu mungkin Keysha sedang berbahagia kan?” Aisy menyelesaikan katanya dengan nada memerli bekas kekasihnya itu.

“Begitu mudah bagi abang, begitu mudah sangat,” ujar Keysha tersedu-sedu. Surat apa yang Keysha kirim pada abang. Sampai abang buat keputusan nak berkahwin dengan perempuan lain.” tanya Keysha berbaur sinis.

“Jangan menfitnah abang, Keysha. Berdosa! Keysha tunggu sini sekejap.”

Aisy masuk ke dalam rumahnya setelah itu dia kembali pada Keysha dan menyerahkan sepucuk surat yang agak kekuningan dek kerana dimakan masa itu pada Keysha.

“Nah! Keysha bacalah sendiri.” Aisy menyerahkan surat itu pada Keysha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience