BAB 13

Romance Completed 7174

“Keysha” Aisy menyapa lembut

Keysha berpaling sambil menyapu air matanya yang sudah berguguran.

“Abang, maafkan mama Keysha. Perbuatan mama memang melampau, hampir buat abang mati.” keluh Keysha sebak.

“Abang maafkan Keysha, abang menyesal kerana tak siasat perkara ini betul-betul. Keysha tak bersalah, abang juga bodoh kerana percaya bulat-bulat, sampai tak cam itu tulisan Keysha atau tak. Kalaulah abang dapat putar masa abang tak akan terburu-buru kahwin masa tu.”jawab Aisy menyesal.

“Abang jangan cakap macam tu, walaupun kita tak berjodoh tapi kita dapat satukan hubungan mama Keysha dan mak abang yang lama terpisahkan?”

Esok majlis abangkan?” Keysha sengaja tukar topik dan pura-pura ceria kerana dia tak sanggup untuk terus mendengar kata-kata yang mungkin akan melemahkan hatinya.

“Abang tak boleh sedih. Kena sentiasa ceria maklumlahkan orang dah jadi pengantin kena seri tu lebih dari yang tak kahwin lagi.”Keysha berjenaka dalam sedih.

Aisy hanya mampu tersenyum dia tahu Keysha cukup terseksa begitu juga dengan dirinya. Kalau diikutkan hasrat hatinya mahu saja dia menyunting Keysha untuk menjadi isterinya sekarang itu juga. Tapi dia tahu perempuan mana mahukan hidup bermadu. Dia sendiri pun tak tahu tahap keadilan dirinya sekiranya dia berkahwin dua.

Sekarang dia sudah menjadi milik Diana yang sah. Isteri yang dikahwinnya ketika di Ireland setahun yang lepas. Jadi batas pergaulan dengan Keysha dia harus jaga takut nanti isterinya terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience