BAB 1

Romance Completed 7174

“Abang Aisy, tak boleh ke belajar kat sini, je? Kenapa nak pergi jauh-jauh?” Keysha memandang buah hatinya dengan pandangan yang redup.

“ Ke, abang memang dah tak sayangkan Keysha lagi?” ujar Keysha lagi sambil memuncungkan mulutnya yang sememangnya dah muncung itu.

“Hah! Buatlah lagi, nanti abang cubit mulut tu baru tahu.” usik Aisy bila melihat Kesyha sudah membelakanginya, merujuk .

“Dengar sini sayang, abang ke sana nak sambung belajar, bukan bercuti ke apa. Lagipun abang tak pernah berniat nak berjauhan dengan Keysha, tetapi rezeki abang dapat dekat sana. Janganlah merajuk lagi, dah tak manis dah.” pujuk Aisy.

Aisy faham benar dengan sikap Keysha rajuknya tak lama, Keysha bukan seorang yang mudah merajuk dan marah sesuka hati. Biasalah merajuk manja-manja sayang dengannya saja, maklumlah jantung hati katakan. Itu jugalah sifat yang ada pada Keysha, telah membuka hatinya untuk menyunting Keysha yang muda darinya dua tahun itu sebagai kekasih hatinya.

Dia masih ingat lagi ketika mana dia mengikuti bapa saudaranya menziarahi jenazah ayah Keysha lima tahun yang lalu. Di situ dia terlihat seorang budak perempuan, duduk seorang diri, berjauhan dengan tetamu. Dia kagum budak itu tidak menangis mahupun meraung tapi hanya memandang ke arah jenazah ayahnya, tidak seperti budak lain mesti menangis sepuas-puas hati dengan seusia sementah itu. Dia bagaikan terpesona pertama kali melihat budak perempuan itu, tiba-tiba perasaan mahu mengenali budak itu lebih dekat mula terbit didalam hatinya.

“Lepas ni, tinggallah Keysha sorang-sorang. Tak bestnya .” Keysha merungut.

“Kalau Keysha nak ikut abang boleh?” soal Keysha sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun putih itu.

Kata-kata Keysha mengejutkan Aisy dari mengenangkan peristiwa silam. Dia membetulkan duduknya sebelum membalas bicara Keysha.

“Hmm.. kalau macam tu, kita kena cepat-cepat kahwin ni, Keysha.” Aisy berjenaka belum sempat Aisy menghabiskan tawanya satu cubitan hinggap dilengannya, dia mengaduh kesakitan.

“Ok-ok abang gurau je. Tapi Keysha juga yang cakap nak ikut abang kan?”

Keysha mencebikkan mulutnya dan mendengus halus.

“Kenapalah Keysha tak jumpa abang masa 2 tahun yang lalu kan? Kalau tak, Keysha mintak abang apply kat Malaysia je.”

“Abang kenal Keysha dah lama, masa abang Form 3 lagi. Cuma Kesyha sahaja, tak pandang abang langsung .” Aisy berkata perlahan tidak didengari oleh Keysha sambil menatap wajah ayu Keysha. Sebelum dia menyambung bicaranya.

“ Amboi-amboi, belum kahwin dah nak control abang, ek? Tulah, Keysha lambat sangat muncul dihati abang.” Usik Aisy berpura-pura tarik muka .

“Tapi takpelah, Keysha kan dah dapat tawaran belajar kat Maktab Kuala Lipis. Sekurang-kurangnya, kita dapat berjihad untuk dapatkan ilmukan?” suara Aisy riang lalu tersenyum manis bila melihat wajah Keysha masam.

“Aisy Syakirin! Keysha serius ni?” rajuk Keysha.

“Oklah sayang.” sahut Aisy sambil mencuit hidung Keysha yang tak berapa nak mancung itu.

“Baiklah cikgu Keysha, bila abang jadi doktor nanti, dan masa tu Keysha dah jadi cikgu kan? Abang nak kita sama-sama berbakti kepada pada masyarakat dan juga anak-anak kita nanti, ye sayang.” pujuk Aisy bernada romantik.

“Ee… sapa cakap nak kahwin dengan abang? Tak malu bluweek.” usik Keysha sambil menjelir kecil ke arah Aisy dan terus berlari .

“Keyshaa! Nak pergi mana? Mari sini, tadi kata tak sanggup nak berpisah dengan abang. Nakal ye..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience