BAB 8

Romance Completed 7174

Keysha cepat-cepat membuat bayaran dan menuju ke rumah Puan Bariah.

“Assalamuaikum, Assalammualaikum .”Keysha memberi sebaik sahaja kakinya mencecah di depan pintu rumah Aisy.

“Walaikumusalam, eh! Keysha masuk lah”

Puan Bariah terkejut dengan kedatangan Keysha kerumahnya secara mendadak. Satu perasaan aneh terbit dihatinya.

“Duduk dululah Keysha makcik buatkan air.”pelawa Puan Bariah.

“Tak pe mak cik, Keysha datang ni pun nak jenguk makcik. Dengar kata makcik dah pindah betul ke?” tanya Keysha mahukan kepastian.

“Eh, mana ada Keysha makcik duduk sini je. Sekali sekala naik Subangjaya melawat saudara mara.” jawab Puan Bariah dengan debaran dihatinya.

“Ooo, hmm makcik..” Keysha serba salah mahu bertanya namun perasaan ingin tahu terbuak-buak di hatinya dia mengambil nafas seketika bagi mengumpul tenaganya untuk bertanya tentang Aisy.

“Mak… Makcik. Betul ke abang Aisy dah kahwin?” akhirnya Keysha meluahkan apa yang terbuku dihatinya itu.

Puan Bariah terkesima seketika.

“Hah! Err..Keysha mak cik mintak tolong, jangan ganggu Aisy. Makcik tahu Keysha sedih dan kecewa, tapi makcik mahu Keysha berhenti dan jangan jumpa lagi dengan Aisy. Mak cik merayu Keysha tolonglah.” tiba-tiba Puan Bariah merayu pada Keysha.

Keysha kebingunggan melihat tindakan Puan Bariah secara tiba-tiba. Keysha juga terkejut apa yang dia dengar, dia hanya menundukkan wajahnya dan menahan sebaknya. Didadanya berombak-ombak perasaan sedih yang teramat. Ngilu sekali rasanya.

“Jadi betulah perkara ni?” soal Keysha dengan nada sebak.

“Tolonglah makcik merayu jangan ganggu Aisy lagi, makcik tak nak kehilangan dia lagi.” rayu Puan Bariah sambil melutut dihadapan Keysha.

“Makcik, Keysha mohon pada makcik. Beri peluang sekali sahaja, untuk Keysha berjumpa dengan abang Aisy. Keysha nak tanya kenapa dia sanggup buat Keysha macam ni? Keysha janji lepas ni Keysha tak kan jumpa dia lagi, cakaplah makcik mana abang Aisy?”

Keysha tetap bekeras mahu jumpa Aisy. Baginya selagi dia tak berjumpa dengan Aisy masalahnya tak kan selesai.

“Keysha tolonglah pulang sekarang, sekejap lagi Aisy akan sampai. Tolonglah Keysha lupakan Aisy, makcik tak nak rumitkan keadaan.” Puan Bariah masih merayu.

“Keysha tak faham makcik. Keysha kena jumpa dengan abang Aisy. 7 tahun makcik. 7tahun! Keysha tunggu dia, tanpa khabar berita. Tiba-tiba Keysha dengar dia dah kahwin. Apa salah Keysha makcik? Apa salah Keysha?” ronta Keysha tiba-tiba yang gagal mengawal emosinya.

“Apa salah Keysha? Keysha nak tahu!” Aisy mengamuk sebaik sahaja dia mahu naik kerumahnya bila dia terdengar suara Keysha yang kuat mengherdik ibunya.

Keysha dan Puan Bariah berpaling.

‘’Abang… Aisy..’’ Keysha tergamam melihat orang yang dinantinya selama 7 tahun kini berdiri di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience