BAB 6

Romance Completed 7174

Sedang asyik Keysha memilih sayur tiba-tiba dia disapa oleh seorang gadis sebaya dengannya dari belakang.

“Hey, Keysha kau bila kau balik ni? Lama tak dengar khabar kau, sihat ke? tanya gadis itu

Keysha masih kebingungan memikirkan siapa yang gadis yang menegurnya itu

“Aii.. tak kan dah tak kenal aku dah? Alah, Ain sepupunya Aisy Syakirin?” Perempuan yang sebaya dengannya meperkenalkan diri.

“Laa Ain ke? ya Ampun maaf-maaf. Dah lain dah kau sekarang, makin mengancam. Hampir tak cam aku dibuatnya, kau…” kata Keysha terhenti di situ.

“Dah kuruskan?” sambung Ain menghabiskan kata Keysha yang tergendala seketika.

“He!he!he biasalah Keysha, aku kerja akauntan bank, tak de masa nak rest. Penat gila, sampai kurus aku jadinya.” jelas Ain dengan nada jenaka menceritakan keadaan dia sekarang sambil tersenyum bangga.

“Yelah tu, jangan-jangan kau jaga badan kan?.” Keysha cuba korek rahsia kenapa Ain menjadi slim berbanding dahulu.

“Tau takpe, biasalah lelaki nak yang slim-slim, baru nak buat bini kalau kembang situ sini, jangan haraplah. Sebelah mata pun belum tentu mereka pandang.” marah Ain merungut dengan sikap sesetengah lelaki hanya mahukan perempuan yang cantik dan berbadan seperti model sebagai kekasih mereka.

“Hisy.. ada ke macam tu? orang laki ni kan Ain, kalau nak cari isteri mesti hati yang ikhlas biar tak cantik asalkan hati baik, lagipun cantik ini hanya pinjaman sahaja. Eh! kau cuti ke sekarang ni, Ain?” Keysha mula berceramah

“Aah ,aku ambik cuti sempena majlis abang Aisy nak bawa balik isteri dia kat sini. Aku ingat kau dengan Aisy. Dulu korang couple bagai nak rak . Tengok-tengok si Aisy pilih doktor juga jadi isteri dia. Hmm tak faham aku, tapi kenapa dengan korang sebenarnya, ek?” bebel Ain namun sempat bertanya keadaan hubungan Keysha dengan sepupunya itu.

“Hah! Aisy dah kahwin?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience