BAB 12

Romance Completed 7174

“Bertenang Keysha.” Aisy memegang bahu Keysah untuk memujuknya yang hampir terduduk. Dia sendiri tak faham masalah yang pernah terjadi antara maknya dan juga makcik Ismah.

“Kak dengar dulu apa yang saya nak cakap? Saya tahu, saya yang memisahkan kakak dengan abang Hidayat. Tapi percayalah abang Hidayat tak penah lupakan akak. Walaupun dia kahwin dengan saya, dia masih sayangkan akak.’ jelas Puan Bariah sambil bercucuran air matanya keluar.

“Jangan kau nak merepeklah Bar! Kalau dia betul-betul sayangkan aku. Kenapa masa majlis perkahwinan kami dia tak datang? malah kena tangkap khlawat dengan kau. Kau tahu betapa malunya family aku masa tu. Malah aku terpaksa kahwin dengan si Khalid si kaki betina!” bentak Puan Ismah tidak puas hati.

“Kalau kakak nak tahu, abang Khalid lah yang perangkap kami malam tu. Dia tak mahu kakak dan Abang Hidayat berkahwin.” luah Puan Bariah keadaan sebenar.

Dalam keadaan yang tegang sempat Aisy memerhatikan Keysha. Dia begitu terpesona dan jatuh cinta buat kali kedua pada Keysha, dilihatnya Keysha tak berubah ketika mana pertama kali dia terlihat Keysha. Keysha masih dapat bertahan hanya memerhatikan suasana sedih itu dengan mata yang sayu, tangisan cuba ditahannya supaya tidak gugur dari tempatnya. Keysha betul-betul seorang yang tabah tak cepat melatah sentiasa tenang walaupun ribut taufan melanda dirinya.

“Kalaulah hal ini tak terjadi, pasti Keysha sudahku miliki.” desis Aisy dihatinya.

“Apa kau cakap ni? Abang khalid? Dia yang rancang semua tu!” tanya Puan Ismah tidak percaya.

“Ye kak, maafkanlah abang Hidayat. Dia betul-betul menyesal pada masa hayat dia. Dia sentiasa pesan pada saya, jangan bagitahu perkara sebenar pada kakak . Dia takut nanti akak akan benci pada abang Khalid.”

“Abang Hidayat mati pun, disebabkan berbuatan abang Khalid kak. Saya dah tak sanggup tengok akak terus berdendam dengan saya dan juga Aisy. Saya juga tak nak tengok Keysha dan Aisy meneruskan dendam tu lagi kak, maafkanlah kami kak.” jelas Puan Bariah panjang lebar.

“Ya Allah!! abang Hidayat betul ke semua ni? abang tak bersalah ke? Kenapa abang Khalid buat macam ni? Ya Allah, ampun kan aku. Bar ampunkan akak Bar.”Puan Ismah meraung sambil memeluk kaki Puan Bariah.

Puan Ismah tak menyangka Aisy Hidayat begitu terseksa gara-gara arwah suaminya. Dia menangis sepuas hatinya. Puan Bariah duduk dan memeluk kakak angkatnya itu. Dia tahu pasti Puan Ismah betul-betul menyesal atas perbuatan arwah suaminya Si Khalid.

Keysha dan Aisy menjadi pemerhati, mereka tak sangka ibu mereka mempunyai sejarah yang amat memilukan. Keysha keluar meninggalkan mamanya dan mak Aisy untuk seketika bagi mendapatkan ketenangan dihatinya langkahnya diekori Aisy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience