BAB 15

Romance Completed 7174

Aisy hanya memerhati tak sanggup dia mahu melihat Keysha terlantar. Seluruh tubuh Keysha dipenuhi dengan darah, dia dapat mengagak Keysha tak dapat menggerakkan badannya walau sedikit pun tulang belulangnya patah akibat hentaman yang kuat pada bahagian belakangnya.

Keysha sendiri tak menyangka perkara ini akan terjadi. Keysha masih teringat yang dia cuba melintas simpang empat selepas lampu isyarat pejalan kaki bewarna hijau, namun entah dari mana datang, sebuah kereta tiba-tiba memecut laju melanggarnya membuatkan dia terpelanting jauh. Dia sempat melihat pemandu lelaki yang memandu Honda Civic itu sempat memberhentikan kereta sebentar menoleh melihatnya. Keysha ingatkan pembantu itu akan memberi bantuan namun meninggalkannnya terlentang di atas jalan raya keseorangan.

“Keysha jangan tinggalkan mama sayang. Maafkan mama tak dapat tunaikan impian Keysha. Tolonglah jangan pergi Keysha.” rayu ibunya dengan teresak-esak.

Keysha hanya mengelipkan matanya kerana dia tak mampu untuk bercakap, justeru itu dia melarikan anak bola matanya ke arah Aisy, mata mereka bertaut. Hanya mata sahaja yang menjadi perantaraan antara mereka. Aisy menghampiri Keysha mengambil alih tempat mak cik Ismah, dia meriba kepala Keysha lalu membisikkan sesuatu ditelinganya.

“Abang sayangkan Keysha, selagi hayat abang ada. Mengucap Keysha Assyahaduallahillahha Illallah”

“Lailahillallah” hanya bibirnya sahaja yang bergerak.

Dunia rasa terhenti buat mereka yang ada di sisi Keysha saaat itu, akhirnya Keysha menghembuskan nafas yang terakhir dipangkuan orang yang dia kasihi. Air mata Aisy bercucuran. Puan Ismah ditenangkan oleh Puan Bariah dan menantunya Diana.

“Aisy ni hadiah untuk kamu, mungkin dari Keysha.” kata salah seorang penduduk kampung itu.

Aisy meyambutnya dengan berat hati untuk mengambil hadiah itu dia mengambil sepucut surat yang dilekatkan diatas bungkusan itu lalu membukanya. Dengan tangan yang masih mengigil Aisy mahu membacanya.

Assalamuaikum …. selamat pengantin baru abang, kekasih hatiku dunia dan akhirat.

Walaupun sakit hati Keysha, Keysha tetap tabahkan hati untuk menulis surat ini untuk Abang, anggaplah surat ini yang terakhir dari Keysha. Keysha minta maaf sebab Keysha masih tak rela lepaskan abang untuk orang lain. Tapi Keysha akan berdoa agar Keysha tidak menjadi penghalang antara abang dengan kak Diana nanti, tapi abang jangan paksa Keysha untuk tidak terus menyintai abang, OK!. Keysha akan tetap menyintai abang sampai ke akhir hayat Keysha, insya-Allah sampai syurga dengan izinNya. Kalau Allah memakbulkan doa Keysha, nanti di alam sana Keysha mahu jadi isteri abang, bolehkan abang? Keysha berharap sangat Allah memakbulkannya.

Selepas ini lupakanlah Keysha yang pernah mencintai abang, kerana ia mungkin tidak adil untuk kak Diana. Cuma pinta Keysha abang titipkanlah doa untuk Keysha untuk dunia dan akhirat. Jaga kak Diana.

Terdetik rasa cemburu pada Kak Diana, tapi dia mungkin yang terbaik buat abang. Alangkah bahagianya kak Diana, kerana dapat berkahwin dengan abang. Bertuahkan dia? Kalaulah Keysha yang berada tempat kak Diana sekarang pasti tak tergambar perasan Keysha.

Dalam kotak ni ada dua hadiah satu khas untuk abang dan satu lagi untuk kak Diana abang bukaklah tapi jangan bagi tahu kak Diana tentang hadiah abang tu takut nanti dia dengki huhu… akhir kata Keysha sangat menyintai abang sepenuh hati….

Salam sayang dari yang pernah memiliki hatimu,

Keysha

Sebaik sahaja Aisy selesai membaca dia dapat membayang setiap gelagat Keysha. Dia merenung seketika sebelum membuka kotak yang dipenuhi beratus pucuk surat, kesemuanya sudah memakan usia. Tahulah Aisy semua surat-surat itu dari Keysha untuk dirinya semasa dia berada Ireland lagi.

“Keysha abang tak tahu, apa yang harus abang lakukan untuk Keysha tapi dengan izin Yang ESA, Keysha mesti tunggu abang di sana ya, sayang.” Ujar Aisy perlahan.

Air matanya bercucuran keluar tak sanggup rasanya dia kehilangan orang amat dia sayang. Diana memeluk suaminya untuk memberi kekuatannya buat suaminya itu. Dia tahu perempuan yang terbaring dihadapanya itu pernah menghuni hati suaminya dahulu dan mungkin sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience