BAB 2

Romance Completed 7174

Tiga hari lagi Aisy akan ke Ireland selama 3 tahun. Bagi memenuhi tempoh pengajiannya dalam bidang kedoktoran. Dan hari juga merupakan date kali terakhirnya dengan Keysha sebelum dia ke luar Negara. Dia sengaja keluar awal kerana mahu belikan sesuatu khas buat Keysha sebelum dia berangkat . Sebaik sahaja Aisy melangkah keluar dari Kedai Butik Muslimah yang menjual pakaian dan tudung. Dia terserempak dengan ibu Keysha Puan Ismah yang kebetulan mahu masuk kedalam kedai itu juga, lalu Aisy menyapanya.

“Assalamuaikum, makcik apa khabar?”

Tanpa menjawab salam Aisy Puan Ismah mendengus kasar.

“Huh! Dengar kata kau nak ke luar Negara? Baguslah. Senang sikit aku nak halang anak aku dari jumpa kau.”

“ Dengar sini Aisy, selagi aku hidup . Aku tak mahu kau jadi menantu aku tau. Sampai bila-bila, faham!” Sebaik sahaja menghabiskan katanya Puan Ismah melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Terkebil-kebil Aisy memandang Puan Ismah sehingga hilang dari pandangannya. Dia binggung tiba-tiba dimarahi oleh Puan Ismah, salahkan dia menegur tadi. Orang yang lalu lalang di situ hanya menjadi permerhati sahaja hendak membantu takut dikatakan menyibuk hal orang . Aisy dapat rasakan yang dirinya diperhatikan, terus meninggalkan kedai itu dengan rasa kesal dihatinya. Dia tidak faham kenapa Puan Ismah tidak menyenangi dirinya? Rasanya dia tak penah buat apa-apa kesalahan pada Keysha mahupun Puan Ismah selama ini.

Bila difikirkan kembali pertama kali dia menjejak kaki ke rumah Keysha. Dia dilayan baik sekali oleh Puan Ismah malah dia dianggap sebagai anak sendiri oleh mama Keysha. Selepas mengetahui dia anak kepada Encik Aisy Hidayat dan Puan Bariah, Puan Ismah menjadi dingin dengannya dan sering kali bagi amaran kepadanya supaya jangan mendekati Keysha lagi. Aisy tidak pernah memberitahu hal ini kepada Keysha, dia takut nanti Keysha akan memutuskan perhubungan mereka.

Aisy tahu Keysha seorang anak yang taat dan sayang akan mamanya itu kerana hanya mamanya sahaja yang ada di dunia ini seperti dirinya. Ayah Keysha mati disebabkan kemalangan dengan sebuah kereta ketika mahu pergi ke surau waktu subuh, 5tahun yang lepas. Ayahnya pula meninggal disebabkan terkena buatan orang menurut ibunya. Aisy sangat sayang akan perhubungannya dengan Keysha apatah lagi akan mengkhianatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience