BAB 4

Romance Completed 7174

7 tahun sudah berlalu, Keysha masih tetap menunggu surat dari Aisy. 2 tahun sejak Aisy ke Ireland mereka masih saling berutusan surat. Selepas itu sepucuk surat dari Aisy tak pernah dia menerimanya, beratus surat Keysha tulis untuk Aisy dan setiap kali dia mahu poskan surat itu Puan Ismah melarangnya kerana ibu Aisy Puan Bariah tak mahu Keysha menganggu Aisy kerana Aisy mahu tumpukan pelajarannya. Menurut mamanya lagi, ibu Aisy melarang mereka berutusan surat,dia tak mahu Aisy gagal dalam menggapai impiannya menjadi seorang doktor. Sebelum ini Aisy terpaksa repeat paper dan kemungkinan tempoh pengajian Aisy akan dilanjutkan lagi akibat kegagalan dalam exam, gara-gara teringatkan Keysha. Keysha mengambil keputusan hanya menanti kepulangan kekasih hatinya ke Malaysia.

Tamat belajar dari Maktab Kuala Lipis, Keysha mendapat tawaran mengajar di sebuah sekolah pedalaman di Johor jauh dari kampungnya di Sri Gombak, selepas 6 bulan dia menjadi penganggur terhormat di rumah. Sejak akhir-akhir ini Keysha ditimpa masalah dengan seorang pemuda yang bernama Mikael merupakan teman sekampus Maktab Keysha dahulu. Pemuda itu selalu mengejar dan menagih cinta darinya dan sanggup menunggu sampai Keysha menerima lamarannya.

“Keysha tolonglah, aku cintakan kau Keysha.” Luah Mikael yang cuba mengejar Keysha dari belakang.

“Kau memang tak faham bahasa ke Mikaeal? Dah beribu kali aku cakap dekat kau. Cuba korek telinga kau betul-betul. Aku dah ada Aisy kat Ireland sana!” bentak Keysha bengang.

“Dahlah, pergi baliklah tak gunanya kau datang sini lagi!” marah Keysha lagi.

“Tapi Keysha dah 7 tahun berlalu? Dia tetap tak pulang-pulang kat Malaysia, jangan-jangan dia dah kahwin? Tapi kau je tak tahu. Yang jadi mangsanya kau. Kau kan tahu sejak di Maktab lagi aku sukakan kau.” Mikaeal cuba membatu api dan masih merayu tak mahu mengalah.

“Jaga mulut kau sikit Mikael!” mengigil badan Keysha menahan marah yang berombak didadanya.

“Keysha, tolonglah bukalah pintu hati kau pada aku. Minggu depan, aku hantar rombongan, ok.” pinta Mikael dengan mata bersinar-sinar tanpa menghiraukan amukan dari Keysha.

“MIKAEL!” laung Keysha bengang dengan sikap Mikael suka mendesaknya.

“Jangan buat kerja gila. Kalau kau buat juga, aku tak teragak-agak untuk memalukan keluarga kau.” ugut Keysha geram.

“Keysha tolonglah! Lagipun mak kau dah setujukan? Kalau kau kahwin dengan aku?” rayu Mikael bersungguh-sungguh.

Mikael tahu hati dan jiwa Keysha hanya untuk Aisy seorang. Itulah sering kali diucap oleh Keysha ketika dia mahu mencuba memikat Keysha . Mikael masih teringat kenangan kali pertama melihat Keysha di kampus Maktab Kuala Lipis, dia terus jatuh cinta pandang pertama. Tanpa segan silunya, dia terus melamar Keysha untuk menjadi permaisuri penghuni hatinya. Tetapi malang nasibnya, mentah-mentah ditolak oleh Keysha.

“Sudahlah Mikael. Kau carilah perempuan lain, ramai lagi perempuan kat luar sana, menanti cinta kau. Selama ni, aku sabar dengan sikap kau. Aku masih anggap kau sahabat baik aku. Tapi mulai detik ini kau bukan lagi sahabat aku. Jangan cuba contact aku faham!” marah Keysha dan terus berlalu meninggalkan Mikael yang terlopong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience