BAB 14

Romance Completed 7174

“Mama! Mama! Sekejap.” panggil Keysha tatkala melihat ibunya bersiap-siap mahu kerumah Aisy. Dia memeluk mamanya lama.

“Keysha sayang mama tau.” ujar Keysha manja.

“Hisy budak ni macamlah dah tak jumpa dah. Nanti sampai rumah Aisy telefon mama.” pesan Puan Ismah dalam hatinya timbul perasaan hairan dengan sikap Keysha tiba-tiba itu.

Keysha memerhatikan sampai hilang kelibat mamanya. Sejak dari peristiwa semalam hubungan mamanya dengan mak cik Bariah menjadi betul-betul rapat. Sampaikan mamanya sanggup pergi awal pagi gara-gara mahu membantu ibu Aisy. Keysha merasakan dirinya bahagia walaupun dia dan Aisy tak dapat bersatu asalkan mamanya bebas dari berdendam.

“Hmm, majlis tu tinggal dua jam lagi, hadiah dah siap balut. Bolehlah buat kali terakhir aku tulis surat cinta untuk abang Aisy. Maafkan Keysha, kak Diana. Walaupun dia suami akak, tapi Aisy Syakirin akan selalu bertahta dihatiku ni, dan akan ku kunci disini.” kata Keysha sendirian sambil tunjuk ke arah dadanya.

“Alamak dah lewatlah adus.. ” Keysha tergesa-gesa gara dia terlelap tadi, sampaikan dia tertinggal hadiah untuk Aisy.

“ Maaf makcik! mama! Keysha terlelap tadi. Pengantin dah sampai ke?” tanya Keysha dengan wajah penuh rasa bersalah.

“ Lebih 10 minti tadi baru sampai, pergilah makan dulu .” pelawa mak cik Bariah. Keysha mengangguk dan berlalu dari situ.

Sedang Keysha mahu beratur untuk mengambil makanan tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit seseorang. Lantas dia menoleh pandangannya ke belakang.

“Abang! Jahat, ye. Hmm.. pengantin kita gatal ni, isteri tak de depan mata dah nak menggatal.”usik Keysha menghilangkan rasa debaran dihatinya.

“Tak pe. Dengan kekasih lama je kan? cantik Keysha hari ni, tapi abang rasa macam kenal je jubah dan tudung ni. Sapa bagi ek?”Aisy cuba bergurau ingin membuang perasaan asing pada Keysha.

“Eleh kura-kura dalam perahu.” jawab Keysha

Mereka berdua tergelak mengekek. Walaupun masing-masing kelihatan teraga-agak untuk bergurau senda seperti dulu, perasaan cinta yang mendalam diri mereka masih kuat telah menolak perasaan keganjalan itu.

“Tapi abang jugak kan suruh Keysha pakai ni nanti nak jumpa abang ?”jawab Keysha lagi sambil tersengih

“Hmm .. tapi abang suruh Keysha pakai ketika mahu jemput Abang kat KLIA dulu kan?” keluh Aisy perlahan dengan rasa kecewa dihatinya.

“Keysha kata nak bagi hadiah special kat abang mananye?” Aisy cuba tukar suasana sedih menjadi ceria semula sambil hulurkan kedua belah tanganya.

“Alamak abang, Keysha terlupa nak bawaklah, Keysha pergi ambik sekarang, ya. 20 minit je, nak naik kereta susah nak keluarkan, Keysha jalan je, tunggu tau.” ujar Keysha sambil meletakkan semula makanannya di meja.

“Ok hati –hati .”pesan Aisy tersenyum

Sebelum melangkah, Keysha berpaling semula cuba menyatakan sesuatu pada Aisy.

“ Abang terima kasih untuk semua memori manis selama kita bersama, maafkan Keysha ya abang… Jaga kak Diana elok-elok.. ye. Bye.” Ujar Keysha.

Aisy hairan dengan sikap Keysha, dia terasa berat nak lepaskan Keysha pergi.

“Ahh, Cuma fikiran aku je kot.” ujar Aisy memujuk hatinya.

Lebih kurang sudah setengah jam Keysha pergi. Kelibatnya masih tak muncul-muncul. Hati Aisy didatangi kerusingan. Matanya sentiasa terjenguk-jenguk ke arah jalan mahu masuk ke rumahnya menanti kemunculan Keysha.

****

“Tolong! ada langgar lari kat depan tu! kat simpang sana.” Terdengar suara seorang budak berteriakkan.

“Apa hal ni adik?” tanya Aisy kehairanan.

“Abang Aisy Kak Keysha kena langgar lari! Jom ikut saya sekarang.” jawab budak itu dengan termegah-megah .

“Apa? Keysha tak mungkin.” Terkaku Aisy seketika. Dia tidak percaya dengan berita itu.

“Keysha… Ya Allah Keysha anakku. Keysha bangun nak, bangun!” teriak Puan Ismah sambil memangku kepala Keysah diribanya.

“Sabar kak, sabar. Sekejap lagi ambulans sampai.” Puan Bariah memujuk dengan suara tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience