BAB 10

Romance Completed 7174

Keysha membuka sampul surat dengan tergesa-gesa tak sabar dia nak tahu apa isi yang telah ditulis olehnya, dia sendiri tak tahu apa kandungan surat tersebut. Keysha menatap surat itu dengan beribu kerut didahinya.

Assalamuaikum…

Buat Kekasihku Abang Aisy Syakirin.

Keysha doakan abang sihat selalu. Keysha minta maaf kerana tak dapat balas surat-surat abang kerana Keysha sekarag sangat sibuk dengan tugasan Maktab.

Abang, tujuan Keysha utus surat ni untuk bagitahu abang satu perkara besar dan mungkin akan mengejutkan abang, tapi Keysha harap abang dengan hati terbuka untuk menghadapinya.

Untuk pengetahuan Abang, Keysha dah berkahwin dengan seorang jurutera dari Kuala Lumpur setahun yang lalu, dia merupakan kenalan mama, anak Datuk Zaidi seorang jutawan di Kuala Lumpur, Keysha tengok dia kali pertama, Keysha terus jatuh cinta dekat dia, abang. Dia pandai jaga hati Keysha, Keysha akui memang susah nak lupakan Abang tetapi adanya dia, Keysha terpikir cinta antara kita hanya cinta monyet sahaja, Keysha tahu mesti abang marahkan Keyshakan? Keysha dah minta petunjuk dr Allah, Keysha dapat rasa dia jodoh terbaik untuk Keysha. Keysha juga yakin mesti di sana abang dan jumpa seseorang yang lebih cantik dan baik dari Keysha. Keysha tak kesah kalau abang nak berkahwin dengan dia.

Akhir sekali, Keysha minta abang jangan ganggu Keysha lagi , sebabnya Keysha dah mengandung 2 bulan dan Keysha juga minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki kerana baru sekarang Keysha beritahu abang perkara ni, maaf juga kerana melukakan hati abang, Keysha doakan abang akan bahagia tidak kira siapa pilihan abang.

Salam Sayang dari,

KEYSHA

Selesai membaca surat itu Keysha menatap wajah Aisy dengan muka yang agak sembat akibat kuat menangis. Pandangan mereka bertaut.

“Keysha nak cakap apa lagi? bukti dah adakan ? kenapa nak jumpa dengan abang lagi? Mana pergi suami dan anak Keysha tu?” marah Aisy.

“Ini bukan surat dari Keysha abang, demi Allah Keysha tak pernah dan tak akan tulis surat ni. Satu perkara lagi…” Keysha berhenti sejenak menarik nafasnya kemudian hembus pelahan.

“Keysha tak kenal pun mana –mana lelaki dari Kuala Lumpur, Keysha juga tak pernah berkahwin macam mana nak hamil.” jawab Keysha menahan tangisan yang semakin lebat bercucuran.

“Habis surat tu bukan dari Keysha dari siapa, Keysha? Dah terpapar nama dan alamat rumah Keysha, dan setem pun ada tertulis tarikh dan tahunnya. Jawablah kenapa diam?” Aisy meninggikan suaranya dengan muka merah padam menahan marah.

“Keysha tak tahu abang, Keysha tak buat semuanya.” laung Keysha tangisannya semakin laju dan dia terduduk lemah

“Keysha, Aisy. Mak minta maaf korang tak salah yang salah mak dan mama kamu Keysha.” tiba-tiba ibu Aisy mencelah. Mak cik Bariah serba salah mahu beritahu hal sebenar kepada mereka berdua

“Mama? Kenapa dengan mama mak cik?” tanya Keysha inginkan kepastian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience