Bab 2

Romance Completed 7183

“Hana, masuk ke bilik saya sekejap. Ada perkara sedikit yang ingin saya beritahu” Hana menanggukkan kepalanya ke arah bos di syarikatnya bekerja.

“Ya puan. Apa yang boleh saya bantu?” Hana menyusunkan kata-katanya dengan teratur. Maklumlah baru dua bulan bekerja di syarikat itu perlulah mempamerkan sikap yang baik agar orang akan sentiasa mempercayai kita.

“Awak tahu Resort Real Dream?” Tanya Puan Rohana, Pengerusi Syarikat One Sdn. Bhd.

“Resort Real Dream yang five stars tu? Ya, saya tahu” Wajah Hana tertanya-tanya.

“Syarikat kita menjadi pembekal barang-barang perabut dan elektronik untuk Resort Real Dream tu. Resort itu masih bekerjasama dengan kita sehingga sekarang jadi ada sedikit barang yang di order so, I will let you manage this. Dulu pekerja lama yang awak gantikan sekarang ni tolong uruskan tender ni. Ini failnya”
Terang Puan Rohana kepada pekerja baru syarikatnya, Hana.

“Oh.. maknanya sekarang ini tender itu berada di bawah saya lah?” Hana masih terpinga-pinga.

“Yes.”

Puan Rohana tersenyum apabila melihat wajah ceria gadis itu seolah-olah budak kecil yang baru menerima gula-gula.

“Hari Rabu ni awak pergi ke resort tu dulu untuk checking lepas tu boleh lah awak berbincang bila kita boleh uruskan semua yang mereka nak. Ok?”

Segera Hana menganggukkan kepalanya. “Baik Puan. Saya akan berusaha yang terbaik untuk tender ini.”

“I believe you” Puan Rohana tersenyum manis.

Hana menunjukkan gaya seolah-olah ingin beredar namun dia kembali duduk di kerusi berhadapan bosnya.

“Puan, terima kasih kerana percayakan saya.”

Puan Rohana merenung Hana dengan begitu mendalam. Apakah maksud gadis itu sehingga berkata begitu?
……………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience