Bab 12

Romance Completed 7183

“Hero..” Tuan Hassan memanggil Hero yang sedang termenung di balkoni rumahnya.

“Daddy..” Hero mempelawa Daddynya untuk duduk bersama.

“Tengah fikir pasal apa? Nampak serius je” Tuan Hassan cuba mendekati anak lelakinya itu.

“Tak adalah serius sangat cuma fikir masa depan je” Hero tersenyum.

“Serius lah tu. Hero.. Daddy ada nak bincangkan sesuatu dengan Hero” Seperti penting sahaja apa yang ingin Daddy katakan. Duga Hero.

“Daddy sedar Daddy tak patut berhentikan Hero macam tu je seolah-olah cuba mematahkan semangat Hero yang baru sahaja cuba berusaha untuk serius tentang resort kita. Daddy mungkin terlalu kecewa dengan apa yang berlaku sehinggakan tak sedar dah melukakan hati Hero” Tuan Hassan cuba berlembut.

“Tak Daddy. Hero faham apa sebab Daddy buat macam tu. Itupun kerana sikap Hero yang tak ambil serius tentang resort selama ini, mungkin patut Daddy tak percayakan Hero lagi” Hero juga sudah mula berubah sikap sikit demi sedikit semenjak menyedari Daddynya benar-benar memerlukan bantuannya di resort itu tapi
akhirnya lain pula jadinya. Makin mengurangkan kepercayaan Daddy kepada dirinya.

“Hero, Daddy sentiasa mempercayai Hero. Selama ini Daddy bersikap tegas dengan Hero sebab Daddy nak Hero sedar yang Hero ada tanggungjawab besar untuk di pikul tapi mungkin cara Daddy tak berapa kena. Jadi, Daddy terfikir ingin memberi peluang kepada Hero untuk uruskan sesuatu projek dengan berdikari mungkin waktu tu Hero boleh belajar sesuatu” Tuan Hassan meluahkan juga cadangannya.

“Maksud Daddy?” Hero masih bingung.

“Daddy ada buka cawangan baru di Kuala Lumpur. Sekarang ni Daddy masih tiada siapa-siapa untuk di beri kepercayaan menguruskan cawangan di sana so, sekarang ni Daddy dah ada Hero. Daddy boleh lah harapkan Hero untuk uruskan cawangan kita di sana” Hero terkejut mendengar cadangan Tuan Hassan.

“Betul ke ni Daddy? Hero dah dapat bekerja semula dengan Daddy?”

Tuan Hassan menganggukan kepalanya.

“Daddy naik kan lagi pangkat Hero menjadi Pengarah di cawangan sana. Jadi, Daddy harap Hero dapatlah buat yang terbaik untuk resort kita. I always believe you” Tuan Hassan menepuk-nepuk bahu Hero.

“Terima kasih Daddy. Hero akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk kita semua”

“Daddy percaya akan kesungguhan kamu menguruskan resort di sana ya lah kalau tidak masakan orang lain boleh perasan kesungguhan kamu itu”.

Hero mengerutkan dahinya. “Maksud Daddy?”.

“Thanks untuk klien kita yang namanya Cik Hana tu. Dialah menyakinkan Daddy untuk melihat kesungguhan kamu” Makin bertambah kerutan di dahi Hero.

“Hana pergi jumpa Daddy? Haha” Hero tergelak sambil termenung.

“Hai, menung tu macam ada apa-apa je..” Tuan Hassan cuba menyakat.

“Ish, apa Daddy ni. Orang suka tengok dia sebab she’s so funny. Sekejap macam tu, sekejap macam ni” Tuan Hassan juga mengakui apa yang di kata oleh Hero.

“Pagi tadi pun punyalah semangat dia yakinkan Daddy. Kelakar pula kalau di ingatkan semula” Tuan Hassan mengingati kembali apa yang Hana katakan tentang Hero pagi tadi.

“Ketika kami terperangkap dalam bilik semalam, Encik Hero cuba bermacam-macam cara untuk berusaha keluar dari bilik itu. Dia tak risaukan kecederaan yang akan dia tanggung tapi dia kesiankan saya yang mungkin akan pengsan kalau semakin lama berada dalam bilik itu. Ketika dia menelefon setiausahanya pun masih
sempat lagi dia menyuruh setiausahanya pergi melawat keadaan penginap-penginap sedangkan diri dia juga terperangkap. Dia dah berusaha sedaya upaya untuk selesaikan masalah semalam. Saya harap Tuan dapat berfikir semula tentang Encik Hero. Maafkan saya kalau saya dah terlebih cakap, saya juga berharap selepas ini saya boleh bekerjasama semula dengan Encik Hero”

“Apa yang Hana kata pada Daddy?” Hero berminat ingin mengetahui cerita sebenar tentang apa yang berlaku pagi tadi di antara Daddynya dan Hana.

“Dia kata selepas ini dia berharap dapat bekerjasama semula dengan Hero. Jadi, Daddy tak bolehlah nak menolak klien yang ingin bekerjasama dengan anak Daddy
ini” Tuan Hassan bergurau.

“Dia kata macam tu? Berani betul dia” Hero mengurut keningnya sambil membayangkan wajah gadis yang berbaju kurung berwarna biru, berselendang berwarna putih dan yang terperangkap bersama dengannya semalam.

…………..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience