Bab 8

Romance Completed 7183

“Sayangnya nak gantikan perabut-perabut ni tapi nak buat macam mana? Aku dah dapat tugas, kenalah amanah tapi kalau di gantikan dengan baru perabut-perabut
ni mereka nak letak dekat mana eh?” Sibuk pula Hana memikirkan tentang perabut-perabut lama itu.
“Saya tak tahu pula hobi Cik Hana bercakap dengan benda tak bernyawa” Sergah satu suara dari arah belakang.

Hana mengusap dadanya. ‘Nasib baik aku tak melatah tadi kalau tidak buat malu je. Ish, dia ni suka betul kacau daun’

“Encik Hero, umat Islam kena bagi salam dulu kalau nak menyapa. Tak belajar ke?” Bidas Hana tapi dalam senyuman.

‘Aku tahulah! Cover cute lah tu. Dah segan nak bidas aku pula’

Pandangan Hero cukup menjengkelkan. Sengaja ingin membalas percakapan Hana dengan wajah begitu.

“Ok. Pandangan tu cukup bahaya lagi-lagi dalam bilik ini hanya saya dan Encik Hero je. Kerja pun dah selesai so, saya masuk ke bilik saya dulu lah” Hana
cukup faham dengan pandangan yang di balas oleh Hero.

“Ya lah.. kita berdua je kan tinggal sekarang? Syok juga kalau kita berkenalan di sini. Tak ada orang nak kacau” Suara Hero cukup romantik.

‘Kenapa pula dengan dia ni? Ayat yang cukup mengerunkan, suara yang boleh buat aku pengsan. Eh, tak boleh-tak boleh. Aku tak boleh pengsan dekat sini nanti
benda lain jadinya. Bukan boleh di percayai pun dia ni’ Hana berjalan ke arah pintu. Dia ingin segera keluar.

Sempat Hero menahan pintu dengan kakinya. ‘Tau kau takut? Main-mainkan aku ya’

“Encik Hero, tolong jangan buat hal. Padah nanti kalau ada orang nampak” Hana bengang dengan kelakuan Pembantu Pengarah Resort Real Dream itu.

‘Kenapalah dia ni boleh jadi Pembantu Pengarah? Tak berkarisma langsung. Muka gatal semacam pula tu. Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu. Jauhilah hamba dari segala perkara yang berbahaya dan melakukukan apa yang Engkau larangi’ Hati Hana sempat berdoa kepada Allah S.W.T

Keadaan di dalam bilik itu tiba-tiba sahaja menjadi gelap. Hanya cahaya dari luar tingkap yang menerangi bilik itu.

Hero panik. Hana juga bingung dengan apa yang berlaku.

“Encik Hero nak kenakan saya eh?” Hana menuduh Hero tanpa berfikir panjang.

“Tolong jangan fikir macam-macam eh. Saya pun panik” Hero cuba membuka pintu namun gagal. Pintu itu terkunci.

“Kenapa pula ni? Terkunci dari luar ke?” Makin bertembah panik Hero bila pintu bilik itu tidak di buka pula.

“Terkunci? Hah? Tak akanlah. Macam mana boleh terkunci kan kad ada dalam bilik ini?” Otak Hana mula tidak keruan.

“Cik Hana, boleh tak sabar? Saya akan call setiausaha saya” Berharap agar Sara segera menjawab panggilan telefonnya.
“Dapat tak?” Hana tidak dapat bersabar lagi. Berulang kali dia melihat aksi Hero mendail setiausahanya.

“Mungkin dia tengah cari saya dan tinggalkan handphone dekat atas meja dia” Hero cuba mengagak. Dia keluar tadi tanpa memberitahu Sara mungkin saja gadis itu
tengah mencarinya.

“Ish, cubalah ikhtiar cara lain. Awak cubalah telefon reception ke, minta tolong dengan mereka” Hilang panggilan ‘Encik dan Cik’ di kala waktu panik begitu.

“Saya terlupa nak ambil nombor reception. Saya pun baru juga kerja di sini” Jelas Hero dengan wajah selamba.

“Teruknya awak ni! Itulah kalau awak tak halang pintu itu dengan kaki awak dengan sekuat-kuatnya tak mungkin akan terkunci. Nah, call reception” Hana
menghulurkan handphonenya kepada Hero. Nombor reception resort itu masih ada dalam simpananya.
“Bagilah awal-awal ini tidak asyik membebel je” Bengang Hero mendengar rungutan Hana.

……………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience