Bab 3

Romance Completed 7183

Sara memberi jadual kepada Hero. Mata Hero masih lagi tertutup tatkala sampai di depan biliknya.

Hero memandang kosong sahaja pada jadual di tangannya. “Ini untuk apa pula? Aduh, pagi-pagi lagi dah berserabut kepala aku.”

Sara menggeleng-gelengkan kepalanya. “Itukan jadual Encik Hero. Semalam Encik Hero memberi arahan kepada saya mulai dari hari ini Encik Hero akan memegang jadual itu sendiri, sen..di..ri.”

“Aku tahulah” Hero memulas tombol pintu biliknya.

“Eh, jangan ganggu aku selama sejam ni ok? Kalau my dad cari, kau pandai-pandailah bagi alasan.”

Hero atau nama sebenarnya Herry Rosly Bin Hassan, Pembantu Pengarah di Resort Real Dream. Tuan Hassan telah mengusahakan Resort itu hampir 10 tahun selepas
bekerja di sebuah hotel terkenal. Impiannya makin berkobar untuk membuka sebuah resort yang bertaraf lima bintang. Kini impiannya sudah tercapai, Resort Real
Dream menjadi idaman semua orang untuk menginap jika ingin datang melawat ke Malaysia.

Tuan Hassan melangkah laju menuju ke ruang pejabat anak lelakinya. Sara terkejut melihat wajah serius Tuan Hassan yang baru melintasi mejanya.

“Tentu aku kena pecat nanti. Oh, tidak!” Sara menepuk-nepuk dadanya.
…………….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience