Bab 10

Romance Completed 7183

Sara segera menuju ke arah Hero dan Hana.

“Macam mana boleh terperangkap? Semuanya ok ke?” Sara bimbang melihat peluh-peluh yang membasahi wajah Hero dan Hana.

“Kami ok cuma panik juga sebab tiba-tiba tak ada elektrik. Kebetulan pula saya dan Encik Hero tengah berbincang tadi” Terang Hana. Bimbang juga jika di salah anggap.

“Tentu Cik Hana penat. Mari saya temankan Cik Hana ke bilik. Encik Hero, Tuan Hassan menunggu Encik Hero di dalam biliknya” Sara segera maklum sebelum berlalu menemani Hana.

Hana yang tidak sedap hati cuba bertanya kepada Sara.

“Tuan Hassan itu ayah Encik Hero ya?” Teka Hana.

“Ya, Cik Hana”

“Erm, tadi wajah Encik Hero terus berubah apabila Tuan Hassan nak berjumpa. Macam tak senang hati je. Ada apa-apa yang berlaku ke?” Hana cuba memerangkap Sara dengan beberapa soalan.

“Tuan Hassan sentiasa memarahi Encik Hero kerana sikap Encik Hero yang kurang praktik di tempat kerja. Encik Hero tidak berapa berminat untuk mengurus resort ini. Mungkin dia akan di soal kut sebab biarkan Cik Hana terperangkap di dalam bilik tadi. Ya lah, Tuan Hassan cukup menjaga klien nya. Pasti dia bimbang jika perkara begini terjadi pada klien nya lagi-lagi apabila kes macam ni berlaku kepada Encik Hero herm.. cukup susahlah Tuan Hassan tu nak percayai” Terang Sara dengan jelas. Hana hanya terdiam mendengar penjelasan dari Sara.

……………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience