Bab 15

Romance Completed 7183

Hana membulatkan mata selepas mendengar penjelasan Hero yang baru sikit itu. Dia sudah cukup faham dengan penjelasan itu.

‘Dah sebulan dia dekat sini? Aku langsung tak perasan’ Hati Hana juga terkejut mendengar penjelasan Hero.

“Kenapa diam? Tak suka Hero buat macam ni dekat Hana?” Hero menyoal.

Hana tetap bediam. Tidak tahu untuk menjawab apa kepada Hero. Adakah hatinya suka ataupun tidak dengan semua yang berlaku ini? Dia masih ragu-ragu.

“Semua yang berlaku ini dah di rancang oleh Hero tapi itu semua di tangan Allah. Tak sangka Allah makbulkan hasrat Hero untuk terus berdiam tentang hal ini sehingga ke hari ini. Hero dah tahu tentang kerja di Kuala Lumpur ni sebelum Hana pergi pun. Ikut hati nak beritahu tapi di ikutkan juga akal fikiran yang ingin surprise kan Hana. Selama sebulan lah Hero sentiasa memerhatikan Hana. Apa Hana buat, apa Hana suka,apa yang Hana tak suka. Hero belajar semua itu selama sebulan berada di sini. Hero akan tetap bersabar sehingga Hana sendiri yang datang ke sini bertemu dengan Hero sebab.. Hero nak Hana sedar dengan
sendiri yang Hero ada dalam hidup Hana. Melihat Hana dari jauh cukup membebankan Hero tapi Hero yakin pada Allah, andai Hana jodoh Hero pasti suatu hari nanti Allah akan membantu Hero. Don’t mad with me again, please?” Hero menerangkan juga hal sebenar kepada Hana. Tiada lagi perkara yang harus disembunyikan. Biarlah si puterinya tahu akan isi hati sang putera. Supaya apa yang di rancang selama ini moga-moga ada tuahnya.

Hana memandang ke arah lain. Penerangan itu cukup-cukup menyentuh hatinya.

“Hana..” Hero memanggil dengan suara romantik.

“Hero, budak jahat! Suka buat Hana menangis..” Hana akhirnya mengalah. Hatinya tidak dapat menyembunyikan lagi air mata terharu itu. Dia benar-benar tidak menyangka Hero seikhlas itu.

Hero tergelak. ‘Menangis rupanya. Ingatkan marah tadi. Apa perangailah si budak nama Hana ni. Macam-macam..”

“Hero, saja je nak buat Hana malu. Nak buat Hana menangis. Waaaaa.. Hana tak suka Hero” Hana masih menangis.

“Eh-eh.. menangis pula. Dah lah kuat kalah tau baby dekat sebelah tu” Hero mengusik Hana. Hana segera berpaling ke arah baby yang di maksudkan.

“Waaaa.. biarlah kalah pun. Dia tak terharu macam Hana terharu. Hana tak suka Hero, tak suka” Makin kuat Hana menangis.

“Betul tak suka?” Hero segera mendapat idea untuk memancing Hana.

“Tak suka..” perlahan sahaja Hana menjawab.

“Betul ni tak suka dekat Hero?” Sekali lagi Hero mencuba.

“Ya.. Hana tak suka dekat Hero”

“Ok kalau macam tu..

Belum sempat Hero menghabiskan kata-katanya tangisan Hana kedengaran lagi.

“Waaaa.. Hero betul-betul budak jahat. Hana cakap tak suka dekat Hero, dia boleh percaya je. Dia kata dia tahu apa Hana suka. Hana rindukan Hero..” Begitu comel kata-kata yang terkeluar dari bibir Hana. Hero yang mendengar hanya tergelak.

“Habis itu Hero tanya, Hana jawab tak suka. Manalah Hero nak tahu yang budak itu pun suka dekat kita” Hero berkata sambil tersengih-sengih.

“Mestilah suka. Hana dah jatuh cinta dengan Hero. Dah lama Hana bersabar tapi hati Hana makin rindu dekat Hero. Eeee.. itupun nak tanya ke?” Hana tersedu-sedan. Dia sudah berhenti dari menangis.

“Of course lah. Ini kan soal hati manusia, mana boleh paksa-paksa nanti tak bahagia tapi tak apa lah sebab sekarang Hero dah tahu jawapan budak itu” Hero
tersengih-sengih.

“Jahat!” Hana menjeling ke arah Hero.

“Kita jahat pun ada juga orang suka dekat kita kan?” Hero sangat berminat menyakat Hana. Dia sangat seronok melihat pipi Hana bertukar menjadi warna merah
seperti buah epal. Sangat comel!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience