Bab 4

Romance Completed 7183

“Bila Hero nak berubah ni? Hero suka ke Daddy asyik marah dan bising je kat resort?” Tuan Hassan memicit-micit kepalanya dan memandang kembali wajah anaknya.
Namun spontan sahaja jawapan yang di balas Hero. “Di rumah pun kena juga.”

Keluh kecil Tuan Hassan mendengar jawapan acuh tidak acuh sebegitu.

“Tolonglah jaga air muka Daddy. Apa Daddy nak jawab jika ada orang protes tentang anak Daddy sendiri buat hal? Daddy faham perasaan Hero yang tak suka di
kongkong tapi Hero dah besar, sepatutnya Hero dah boleh mengurus Resort ini seorang diri tapi lain pula jadinya” Tuan Hassan cuba meluah perasaan kesalnya.
Begitu sakit hatinya apabila melihat sikap Hero yang masih tidak berubah. Tidak pernah serius dalam pekerjaan dan perangainya yang keras kepala itu.

“Daddy sendiri dah tahu alasannya kan? Jangan nak salahkan Hero pula” Hero masih berdegil walaupun sudah banyak kali di marahi oleh Daddynya.

“Daddy dah boleh bertolak ansur dengan Hero, tak akan sekalipun Hero tak boleh nak bertolak ansur demi Daddy dan keluarga kita? Hero cuma datang ke resort
untuk bekerja sahaja.” Tuan Hassan seperti sudah putus asa untuk menasihati anaknya lagi.

Hero mengeluh. Nasihat Tuan Hassan kali ini cukup menusuk di hatinya. Hero menoleh ke arah wajah Daddynya, reaksi yang sungguh kesal terpamir jelas di raut
wajah tuanya. Mata Hero beralih pula ke uban-uban di kepala Daddynya. Kelihatan sungguh lebat rambut berwarna putih itu menutupi rambut-rambut berwarna
hitam.

Dia mula sedar mengapa daddynya sentiasa memarahi dirinya. Daddy bimbang andai dirinya tidak serius tentang hal resort ini pasti usaha Daddynya selama ini
tidak berbaloi. Pasti Daddynya inginkan dirinya untuk mewarisi semua perniagaan yang diusahakan selama 10 tahun itu.

……………

“Saya Iman Hana dari Syarikat One Sdn. Bhd. Saya yang call tadi” Hana beramah mesra dengan salah seorang pekerja di Resort Real Dream.

“Cik Iman Hana, meeting Cik Iman Hana pukul 2 petang nanti kalau Cik Iman Hana tiada urusan lain bolehlah kami bawa Cik Iman Hana bersiar-siar di sekitar
Resort Real Dream ni dulu.” Balas pekerja Resort Real Dream.

“Saya datang terus ke resort ni dari airport sebab tu awal setengah jam kalau macam tu saya solat dulu lah. Azan zohor pun dah masuk. Terima kasih ya.”

Hana belok ke kiri dari kaunter pertanyaan tadi dan dari jauh sudah nampak sebuah masjid yang menenangkan mata si pemandang yang memandangnya.

……………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience