Bab 11

Romance Completed 7183

Hana mengambil angin di sekitar resort itu. Cukup tenang. Hilang segala paniknya ketika terperangkap tadi. Seketika dia kembali berfikir tentang Hero.

‘Kenapa pula aku nak fikir tentang dia ni? Angau apa?’ Hana tergelak.

Dari jauh dia terpandang seraut wajah yang terperangkap bersama dengannya di dalam bilik tadi.

“Encik Hero” Panggil Hana dari jauh.

Namun telinga Hero cukup tajam walaupun dari arah jauh dapat juga di dengari.

‘Ingatkan tak dengar tadi’ Hana segera berlalu ke tempat Hero berada.

“Encik Hero ok?” Segera Hana bertanyakan soalan.

“Ok. Awak macam mana? Kenapa tak berehat je?” layu sahaja Hana mendengar jawapan dari jejaka itu. Berbeza dengan situasi pagi tadi yang cukup petah
memerlinya.

“Encik Hero, apa kata saya belanja Encik Hero di kafe. Saya cuma nak balas jasa Encik Hero yang dah tolong saya hari ini” Hana cuba memancing Hero.

Hero yang kebingungan menerima pelawaan Hana. Dapat juga dia menghilangkan rasa bersalahnya.

“Jom!” Hero memulakan perjalanan untuk ke kafe.

……………

“Awak kata saya ada tolong awak hari ini, tolong apa?” Hero menghirup kopi panas sambil memandang wajah Hana.

“Tolong temankan saya kalaulah saya seorang diri dalam bilik tadi saya pun tak tahu nak buat apa. Terima kasih ya Encik Hero” Hana tersenyum manis sehingga menarik perhatian Hero. ‘Nama pun dah Hero. Memang boleh jadi Hero aku lah ni, hehehe. Berangan pula aku ini’

Tergelak Hero melihat gaya Hana.

“Kenapa pula Encik Hero tergelak? Kelakar ke apa yang saya cakap tadi?” Hana bingung dengan tindakan mengejut Hero itu.

“Awak tu yang kelakar. Jauh beza betul perangai awak masa petang tadi eh? Membebel tak tentu arah. Sekarang ni boleh buat lawak pula” Hero mengeleng-gelengkan kepala.

“Saya ikhlaslah. Kalau saya di tempat Encik Hero pun saya tak tahu nak buat apa. Nak urus pasal penginap-penginap, nak uruskan hal terperangkap itu lagi. Boleh naik pening juga” Hana cuba berterus terang.

Terdiam Hero. Dia kembali berfikir pasal kejadian petang tadi.

“Entahlah Hana. Saya banyak buat silap” Hero berkata dengan perlahan-lahan selepas menghirup kopi panas yang menyelerakan tekaknya waktu itu.

“Banyak buat silap? Encik Hero pun terperangkap juga bukannya Encik Hero berfoya-foya kan?”

“Daddy dah tak percayakan saya lagi. Ini memang silap saya kalau dari dulu saya ambil serius tentang resort tentu Daddy tak akan mengamuk teruk macam tadi” Hero meluah kepada Hana.

“Mengamuk teruk? Maknanya Encik Hero kena marahlah ni?” Hana masih tidak dapat menangkap apa yang cuba di katakan oleh Hero.

“Bukan setakat kena marah, di berhentikan kerja sekali. Saya faham perasan Daddy mungkin Daddy dah buat keputusan yang betul. Saya tak layak di beri kepercayaan untuk uruskan resort ini” Seperti sedih sahaja intonasi suara Hero. Hana terpana. Barulah dia faham kenapa lelaki itu bermuram sahaja.

“Encik Hero, saya kurang setuju dengan tindakan Daddy Encik Hero. Sepatutnya dia boleh nampak kesungguhan Encik Hero untuk meyelamatkan klien mereka.

Seandainya di biarkan saya keseorangan tadi mungkin sampai sekarang saya masih terperangkap lagi kut. Sekurang-kurangnya Encik Hero merasai juga kepayahan seperti orang lain, kan? Apa alasan Daddy Encik Hero sehingga Encik Hero di berhentikan kerja? Ramai ke penginap-penginap di sini cuba protes tentang masalah
tadi” Hana cuba memberi pendapat.

“Sebenarnya.. bukan semua elektrik yang problem hanya bilik yang kita terperangkap tadi sahaja ada problem sikit. Penginap-penginap di sini semuanya ok” Hero memberitahu perkara sebenar kepada Hana.

Sekali lagi Hana terpana. ‘Habis itu kenapa lambat sangat? Lah patutlah aku keluar je dari bilik tu tadi, tengok keadaan seperti biasa je. Tiada pula bunyi riuh atau tangisan budak-budak rupa-rupanya hanya satu bilik itu sahaja yang ada masalah’ Hana bermonolog sendirian di dalam hati.

Hero yang melihat Hana terdiam kembali berkata-kata.

“Pintu bilik itu yang bermasalah. Memang tak pernah pun pintu bilik itu di tutup alih-alih saya yang kurang peka terhadap resort pergi menutup pintu itu dengan sekuat hati. Itu sebablah problem” Hero menerangkan lagi agar keadaan tadi lebih jelas untuk Hana memahami.

Namun bukan itu yang di fikir oleh Hana.

“Habis itu kenapa pula Encik Hero sampai kena berhentikan kerja?” Hana seperti tidak puas hati.

“Sebab saya dah menyusahkan awak. Awak kan klien resort kami”

“Nonsense! Sepatutnya Daddy Encik Hero tahu yang Encik Hero pun terperangkap sama jadi, Encik Hero pun cuba berusaha menyelamatkan saya. Lagipun, bukannya Encik Hero sengaja kuncikan pintu tu” Hana semakin tidak berpuas hati.

“Hana, itu kecuaian saya kerana tidak ambil tahu tentang resort. Itu alasan kukuh Daddy saya. Memang patut pun saya di salahkan. Awak dah terperangkap dalam bilik itu hampir 3 jam kerana kecuaian saya menutup pintu tu” Hero menghabiskan kopi dengan segera.

“Tapi..” Hana masih tidak sedap hati.

“Ok. I hope you did the best job, good luck” Hero sudah bangun dari meja makan menandakan dia ingin pulang.

“Terima kasih sebab sudi bantu saya dan dengar luahan saya. Harap kita akan berjumpa lagi” Hero menyambung lagi kata-katanya.

“Hero, saya tetap puji usaha awak tadi. Ya lah, itu kan first time awak bekerja dengan serius tapi awak dah tunjukan sikap tanggungjawab awak terhadap resort ini. Pasti Daddy awak akan faham juga nanti” Hana masih memberi harapan kepada Hero.

Hero yang mendengar hanya tersenyum.

“Saya lebih suka awak panggil saya macam tu dari ber’encik’, kekalkan..” Masih sempat Hero mengusik Hana.

……………

“Boleh saya berjumpa dengan Tuan Hassan?” Hana sudah berada di depan bilik Tuan Hassan. Dia akan bertolak ke Kuala Lumpur petang nanti sebelum pulang dia teringin juga berkenalan dengan pengasas resort terkenal itu.

Segala kerjanya sudah selesai. Hanya pulang ke syarikat untuk berbincang dengan Puan Rohana dan order barang-barang yang di suggest. Mungkin dalam 3 bulan lagi dia akan kembali semula ke Pulau Langkawi ini untuk menyelesaikan sedikit lagi urusannya di Resort Real Dream.

“Cik Hana, silakan masuk. Tuan Hassan sedang menunggu” Setiausaha Tuan Hassan mempelawa diri Hana.

“Terima kasih ya” Hana cuba tersenyum manis sebelum masuk ke bilik Tuan Hassan.

…………….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience