Bab 7

Romance Completed 7183

“Cik Hana, boleh saya tanya sesuatu?” Sara memulakan bicara.

“Tanya je Cik Sara. InsyaAllah, saya cuba jawab mana-mana soalan yang boleh di jawab” Hana berjalan di samping Sara. Dia mengikuti sahaja ke mana gadis
tinggi lampai itu membawanya.

“Cik Hana pernah berjumpa ke dengan Encik Hero?.”

Hana tergamam. Nama siapa pula di sebut oleh Sara? Hero? Hero filem mana pula ni?

“Encik Hero? Nama siapa tu?” Muka blur Hana terpampan di wajah.

“Pembantu Pengarah Resort Real Dream ini lah. Nama dia Herry Rosly, nama panggilannya Hero. Encik Hero tak perkenalkan diri dia ke tadi? Atau Cik Hana dah
lupa?” Sara cuba bergurau senda.

“Oh.. nama dia Herry Rosly rupanya. Hero itu pula nama panggilan dia. Saya baru tahu Cik Sara. Nama dia sedap sangat kut sebab itu dia nak berahsia dengan
saya.”

Sara membulatkan mata sebesar-besarnya setelah mendengar jawapan daripada Hana.

“Berbincang dalam bilik tadi punyalah lama tapi tak tahu nama antara satu sama lain?” Sara membayangkan keadaan mereka berdua berbincang tadi pasti sangat kekok.

“Nama saya dia tahu, nama dia je yang saya tak tahu sampai Cik Sara beritahu tadi. Saya pula segan nak bertanya nanti dia fikir lain pula” Perlahan sahaja
Hana menjawab. Terasa geram pula bila mengingatkan kembali ketika dia perkenalkan dirinya dengan sungguh-sungguh namun lelaki itu langsung tak ambil peduli
untuk memperkenalkan diri.

‘Buat malu aku je budak suka perli orang tu’ Sempat dia mengutuk Hero di dalam hati.

……………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience