Bab 16

Romance Completed 7183

“Terpaksa” Hana menjawab dengan segera. Pipinya sudah merah-merah kerana malu.

“Hahaha.. tengok pipi Hana. Comel macam penguin” Geli hati Hero melihat pipi Hana.

“Penguin tak comel lah. Beruang panda lagi comel macam mata Hero” Hana kembali tenang seperti biasa.

“Katak pun comel apa macam suara Hana” Hana melompongkan mulutnya selepas mendengar kata-kata Hero.

“Eh, dari suara hero yang asyik romantik tu baik suara katak lagi.”

Hero tersenyum. ‘Ala, suara romantik aku ni lah yang boleh cairkan hati kau wahai Cik Hana’ Hero masih sempat memuji diri sendiri di dalam hati.

“Romantik eh? Tak sangka betul Hero ni romantik. Bolehlah nak ngorat anak dara lain” Hero masih bergurau.

“Orang bukan puji dia tapi boleh perasan juga. Pergilah nak ngorat mana-mana anak dara pun jangan sampai menyesal sudah” Keras amaran Hana.

“Tak menyesal pun sebab Hero dah planning nak masuk meminang Hana. Hero dah beitahu pun hal ini dekat Daddy dan Mommy Hero.”

Hana terkejut sekali lagi.

“Kenapalah Hero suka buat Hana macam ini? Cakaplah dekat Hana dulu baru beritahu dekat kedua ibu bapa Hero. Eeee.. macam sure je Hana nak terima” Hana makin geram mendengar penjelasan yang ketiga itu. Mereka bedua makin kuat menyakat sesama sendiri. Hingga tidak menghiraukan lagi apa-apa yang berlaku disekeliling mereka. Namun, di hati Hana ada terselit sesuatu.

‘Ya Allah, ku cukup bahagia dengan nikmat yang Kau beri ini. Alhamdulillah.. Kau dah temukan jodoh ku. Syukur Ya Allah..’

Begitu juga di hati Hero.

‘Alhamdulillah Kau dah makbulkan doa ku Ya Allah. Bahagiakanlah aku bersama dengan seorang gadis yang Kau ciptkan untuk ku yang bernama Iman Hana binti Imran’Hati mereka masing-masing mengucapkan amin selepas berdoa.

Semua itu hanya dengan kepercayaan yang ada di hati mereka. Percaya pada Allah S.W.T, percaya pada Negara, percaya pada ibu bapa, percaya pada diri sendiri dan percaya pada cinta yang satu. Bila kepercayaan itu ada, semuanya PASTI akan jadi lebih baik, sepertimana kisah yang terlakar indah antara kau dan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience