Bab 5

Romance Completed 7183

Hero mengambil sebuah buku nota yang penuh dengan jadualnya di pejabat. Dia membelek sehelai demi sehelai muka surat dan jumpa tarikh pada hari ini. Pagi
tadi dia masuk ke pejabat dengan wajah yang ceria dan sikap yang lebih ramah. Dia pasti ramai pekerja yang akan terkejut dengan perubahan dirinya hari ini.

“Meeting pada jam 2 petang dengan Syarikat One Sdn. Bhd. Hai, syarikat mana pula ni? Tak pernah lagi aku dengar pasal syarikat ni” Hero segera menekan
intercom button.

“Sara masuk ke bilik saya sekejap?” Hero memberi arahan.

Sara menggaru-garukan kepalanya. “Hai, mamat ni baru lepas kena sodok dengan tanduk lembu ke? Hoho.. dalam sejarah ni Encik Herry Rosly membahasakan ‘saya’
pada pekerja-pekerjanya. Kena masuk dalam diary ni” Sara berseloroh bersendirian. Dia pun naik hairan dengan mood Hero yang sentiasa berubah-berubah.

…………..

Sara mengambil fail yang berada di rak sebelah kirinya. Kebetulan Hana yang melalui meja Sara menegur gadis itu yang sedang sibuk mencari sesuatu.

“Cik, maaf ya saya menganggu.”

“Oh, ya? Tak apa. Saya Cik Sara, setiausaha Pembantu Pengarah” Sara memperkenal kan dirinya kepada Hana dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Hana segera menyambut salam dari setiausaha bernama Cik Sara itu. “Saya Iman Hana dari Syarikat One Sdn. Bhd. Saya ada meeting pada jam 2 petang dengan
Pembantu Pengarah.”

“Sila lah duduk dulu Cik Iman Hana. Saya masuk ke bilik Pembantu Pengarah dulu ya” Sara segera masuk ke bilik Hero.

‘Menariknya dekorasi dalam pejabat ni. Siap ada lukisan abstrak di setiap dinding. Ini makin bertambah maju Resort Real Dream ni. Tak sangka syarikat aku
bekerja sekarang ada line dengan resort bertaraf lima bintang ni’

“Cik Iman Hana, sila masuk ke bilik Pembantu Pengarah. Semoga berjaya ya Cik Iman Hana” Ramah benar setiausaha Pembantu Pengarah ni, puji Hana dalam hati.

“InsyaAllah. Terima kasih ya..” Hana juga beramah mesra dengan setiausaha itu. ‘Patutlah resort ini sentiasa maju, perkerja-pekerjanya pun sangat berkarisma’
Sempat juga Hana memuji di hati.

‘Bismillah..’ hati Hana berdegup kencang namun segera di tenteramkan dengan zikir-zikir memuji pada Allah. Berdoa semoga segala urusannya berjalan dengan
lancar.

Tok..tok..

“Hai, apa slow motion sangat dia ketuk pintu tu? Alhamdulilah, telinga aku berfungsi dengan baik sampai hari ini” Jantung Hero berdegup kencang juga. Seperti
ada perkara yang mendebarkan akan berlaku.

“Jantung, kau sakit ke hari ini? Aku ada meeting penting ni. Jangan buat hal. Ehem-ehem, silakan masuk.”

Hana melangkah masuk dan menunduk seperti orang Jepun. “Assalamuallaikum..”

Hero melihat sahaja gaya gadis yang memakai tudung berwarna putih itu.

‘Ini first time dia meeting ke? Muka macam budak lepasan ijazah. Baru dapat kerja agaknya ni’ Teka Hero dalam benak fikirannya tapi di dalam hatinya berkata
lain pula ‘Langsung tak matching pakaian dia hari ini. Baju warna biru, tudung warna putih . Pucat semacam je. Ini mesti tak pernah pegi meeting. Muka macam
tak ada pengalaman langsung’

Hana mengangkatan badannya dan tersenyum manis.

‘Wajah boleh tahan tapi cara dia pandang aku macam tak boleh tahan je. Ish, tak baik betul aku ni. Mak kata hari pertama menjalankan kerja jangan kutuk-kutuk
sesiapa pun agar urusan yang akan berlaku sentiasa lancar’ Hana juga berbicara di dalam hati.

“Boleh kita mulakan perbincangan Cik..

Hana segera memintas. “Cik Hana. Nama penuh saya Iman Hana Binti Imran. Panggil je saya Hana.”

“Ok. Nampaknya Cik Hana dah ready for discuss so, we start now” Hero memulakan perbincangan tanpa memperkenal kan dirinya. Hana yang terasa kekok dengan
keadaan itu sekadar membahasakan encik kepada Pembantu Pengarah Resort Real Dream itu.

……………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience