Bab 14

Romance Completed 7183

Hana memasuki kafe untuk lunch pada tengahari itu. Dia tidak sempat untuk makan di restoran yang sudah biasa di kunjungi kerana itu dia meluangkan sedikit lagi waktu makan tengaharinya di kafe yang berada di dalam sebuah hotel di belakang tempat kerjanya.

Hotel itu baru sahaja di buka. Hampir sebulan mereka mula beroperasi. Hana sekadar mengambil tahu sedikit sahaja serba-serbi tentang hotel yang baru di buka itu. Terdetik pula di hatinya untuk meluangkan masa di kafe itu.

Hana merehatkan badannya di salah satu meja makan di sediakan. Dia mengeluh kepenatan kerana berjalan dari Syarikat One ke kafe itu.

‘Tak baik betul aku ni mengeluh. Berjalan tu kan dapat keluarkan peluh’ Hana bermonolog di dalam hatinya. Dia memandang di sekeliling kafe itu.

‘Corak ni kan? Macam sama je di pejabat Hero..’ sekali lagi terdetik di hati Hana. Dia tersenyum apabila memikirkan tentang Hero. Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang jejaka yang boleh membeku dirinya.

“Assalamuallaikum dan selamat datang ke Kafe Hotel Real Dream” sapa satu suara dari sisi kanannya.

Hana kaku. Suaru tu cukup membuat dirinya berdebar namun hatinya tidak mahu memandang ke arah suara itu.

‘Dia tak mungkin ada dekat sini kan dia tengah bekerja sekarang ni tapi mungkin juga kalau dia ada dekat sini. Eh, kejap.. Hotel apa? Hotel Real Dream? Lain macam je nama hotel ni’ Hatinya mula berteka-teki.

“Hai, saya bercakap dengan benda bernyawa ke tak bernyawa ni?” Jejaka itu asyik mengusik Hana.
Hana segera berpusing ke kanan apabila mendengar usikan yang sudah lama di rindui oleh dirinya.

“Hero!” Hana menjerit sekuat hati. Dia tidak lagi menghiraukan keadaan sekeliling kafe itu.

“Hoi, suara awak tu lantang. Jangan jerit-jerit nanti pengsan semua orang dekat sini” Hero masih mengusik Hana.

Hana terkedu dan tidak tahu apa yang ingin di katakan. Melihat wajah Hero di bandar Kuala Lumpur cukup-cukup memeranjatkan dirinya.

“Hana..”

Hero tersenyum apabila mendengar Hana tergagap-gagap untuk berkata. Dia segera menarik kerusi di hadapan Hana dan duduk sambil tergelak-gelak.

“Janganlah gelak” Hana cuba membuang kekok di hatinya. Mungkin juga satu perasaan gembira ada terselit di hatinya.

“Hero suka tengok wajah Hana macam tu. Rindu sangat-sangat” Hero kembali serius dengan Hana.

Hana tersenyum. Benarlah jejaka di hadapannya itu adalah Hero. Hanya Hero sahaja yang suka melihat wajahnya kaku begitu.

“Dah lama Hero menunggu Hana di hotel ni mungkin waktunya baru tiba sekarang. Cantik tak hotel yang Daddy hadiahkan untuk Hero?” Hero masih tersenyum. Gembira melihat sang puteri yang amat di rindui berada di depan matanya.

“Hadiahkan?” Hana juga kembali berbicara seperti biasa bersama Hero.

“Daddy amanatkan kepada Hero untuk mengurus hotel ni. Tak sangka pula hotel yang Daddy bangunkan selama 3 tahun lepas rupa-rupanya di Kuala Lumpur so, sekarang ni Hero lah pengarah di hotel ini” Hero menceritakan sedikit tentang hotel itu kepada Hana.

“Wow, herm.. makin maju. Good!” Hana mengangkat ibu jari kepada Hero.

“Hana, semua ni kerana usaha Hana yang sentiasa percayakan Hero. Allah dah hadiahkan seseorang yang sangat bermakna di hati Hero. Thanks, Hana..” Hero masih terhutang budi pada Hana.

“Ini juga usaha Hero. Hana bantu ni pun sebab Hero bantu Hana kalau tak Hana pun tak bersungguh-sungguh nak bantu Hero” Hana bergurau.

“Eleh.. malu nak ucapkan terima kasih ke?”
Hero memandang dengan wajah yang menggoda.

“Tak payah lah nak goda Hana dengan muka macam tu. Tak comel pun” Hana menolak wajah Hero dengan surat khabar yang ada di atas meja makan itu.

“Hana.. I’m coming for you. I’m ready for everything just for you. Tahu tak dah berapa lama Hero ada dekat sini?” Sekali lagi Hero cuba berteka-teki.

“Tak tahu sebab Hana tak sangka yang Hero akan ada dekat sini, ada depan mata Hana” Hana menjongketkan bahunya.

“Sehari selepas Hana naik flight..” Ringkas sahaja jawapan yang di beri oleh Hero.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience