Bab 9

Romance Completed 7183

“Sampai pukul berapa kita nak tunggu ni? Saya langsung tak berehat hari ini. Waktu dah pukul 7 malam. Bilik ni pun makin lama makin nak gelap” Hana masih menunggu di depan pintu. Dia melihat Hero sedang mencari sesuatu untuk membuka pintu itu. Tidak berjaya membuka pintu dia meneruskan usaha untuk mengopak jeriji tingkap bilik resort itu. Tingkap di bilik resort itu sengaja di letak kan jeriji kerana resort itu berada betul-betul di atas air. Bimbang akan
keselamatan penginap-penginap di situ.

“Hana, boleh tolong ambilkan handphone saya di dalam kot baju ?” Hero cuba meminta bantuan.

“Kejap..” Hana mengambil handphone itu dan meyerahkan kepada Hero.

Di dail nombor reception kembali namun tiada jawapan. Segala usaha yang dia lakukan tidak berjaya, Hero hampir berputus asa.

“Hana, sorry..” Hero berkata sambil terduduk di atas katil memandang Hana yang kepenatan menunggu.

Hana masih mengeluh. “Tapi berapa lama lagi kita nak tunggu?”

“Kita dah tunggu hampir 2 jam, cubalah bersabar sikit lagi. Reception dah beritahukan yang resort ada berlaku electric problem. Mereka tengah usaha baikilah tu. Kalau penat marilah berehat di sini. Ni ada ruang sikit lagi ni” Dalam memujuk sempat juga Hero mengusik.

Hana menarik muka. ‘Sempat juga dia ni mengusik’

“Macam mana lah dengan orang-orang yang menginap di sini? Apa yang mereka cuba buat sekarang ya?” Hana cuba memahami perasan orang-orang yang sedang mengalami situasi sama macamnya.

Hero berfikir sejenak. ‘Macam mana aku boleh langsung tak tefikir tentang penginap-penginap di sini? Minah ni pula yang boleh terfikir macam tu. Aku tak bolehlah duduk diam je, aku pun kena usaha juga untuk mencepatkan proses membaiki tapi macam mana? Dah tu sekarang ni aku terperangkap pula bersama dengan
klien aku. Tentu dia dah keletihan dari tadi menunggu sahaja di depan pintu’ Barulah Hero memahami
perasaan Daddynya selama ini. Menguruskan resort bukanlah sesenang duduk di atas kerusi sahaja namun semua masalah harus juga di fikirkan dan berusaha menyelesaikan dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penginap-penginap resort mereka.

“Hana, apa yang harus saya buat untuk cepatkan selesaikan masalah ni? Kesian penginap-penginap di sini, kesian dekat awak” Segera Hero bangun dan bermundar-mandir mencari idea untuk keluar dari bilik itu. Dia kembali berusaha mencari idea.

“Hana, awak tentu dah letih kan?” Hero semakin tidak keruan. Hana yang mendengar pun seperti bersimpati dengan keadaan Hero. Melihat keresahan di wajah Hero membuatkan gadis itu meluru ke arahnya.

“Hero, jangan stress sangat. Awak cubalah call Sara dan tanya apa yang boleh kita buat untuk keluar dari bilik ini” Perlahan suara Hana memujuk hati Hero.

‘Betul juga. Apalah aku ni perkara macam tu pun tak boleh fikir’ Marah Hero pada dirinya sendiri.

Hana melihat sahaja jejaka itu yang sedang berusaha sesuatu untuk menyelesaikan masalah. Kini dia pula berada di atas katil. Keadaannya cukup-cukup penat kerana langsung tidak berehat selepas sampai di resort ini tadi dan penat menunggu di dalam bilik ini pula.

……………

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience